August 1, 2008
· Filed under darah tinggi, herba
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!
Anda stress? Pernakah anda mendengar air teh boleh melegakan stress? Tidak banyak di antara kita suka minum air teh. Air teh selalu dikaitkan dengan orang yang lebih berusia. Namun kajian daripada Universiti College London mendapati mereka yang suka minum ‘ Normal black tea’ boleh mengurangkan stres dengan cepat seterusnya merendahkan level hormon Cortisol (hormone stres) di dalam darah.
Tidak cukup dengan itu, terbaru European Journal Of Clinical Nutrition mendedahkan tiga cawan teh sehari dapat mengurangkan risiko menghadapi penyakit jantung kerana kandungan air di dalam teh dapat menambahkan fluid in body.
Frankie Philips seorang pakar dietetik mengatakan tiada bezanya minum teh di dalam bentuk paket mahupun daun teh semulajadi. Sebaliknya cara teh tersebut dibancuh boleh memberikan kesan kepada badan manusia.‘ The stronger the tea, the higher the content or polyphenols , which act as antioxidants in the body’, kata beliau.
Namun jika anda seorang pengemar teh susu. Awas! Kajian terbaru dari German di Charite hospital mendapati menambahkan kandungan susu akan memberikan kesan buruk terhadap sistem jantung.
Anda mungkin juga ingin membaca post ini
July 30, 2008
· Filed under darah tinggi
Darah tinggi merupakan penyakit yang sangat ‘common’ di negara kita. Sekiranya anda sudah sangat maklum dengan penyakit ini, apa lagi yag patut kita buat? Cegah penyakit tersebut sebelum ia menghancurkan hidup anda. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
1.Bersenam
Setiap pagi atau petang anda harus bersenam supaya peluh dapat dikeluarkan. Kalau susah sangat nak berjoging, do something yang dapat mengeluarkan peluh seperti berkebun, menari dan sebagainya.
2.Jangan merokok
Saya sangat-sangat tidak menggalakkan anda merokok. Tidak ada benda yang baik pun dalam merokok nih. Kalau setakat ingin melepaskan tekanan dan nak tunjuk macho, baik tak payah sebab banyak lagi cara lain yang jauh lebih sihat daripada merokok. Bukan sahaja darah tinggi malah ada seribu macam jenis penyakit sekiranya anda merokok.
3.Pemakanan
Kawal pemakanan anda. Jangan main ikut sedap mulut je nak makan semua. Jika sarapan, makan roti atau oat. Dan pastikan anda makan makanan yang mengandungi kurang garam. Ada yang tanya macam mana nak tau ada garam atau tidak dalam makanan tu? Sekiranya anda sendiri yang masak, sudah tentu anda sendiri yang tahu. Dan itulah salah satu sebabnya. Makan di rumah dan kurangkan makan di luar. Kalau nak makan di luar, pastikan anda maklumkan pelayan tersebut supaya jangan letak garam dalam menu tersebut.
4.Gaya hidup
Ubah gaya hidup anda. Pastikan gaya hidup anda kali ini menjadi lebih teratur. Aturkan tugasan-tugasan yang perlu dilakukan. Pastikan anda tahu prioriti dalam tugasan anda. Saya cakap begini kerana selalunya anda selalu mengalami tekanan adalah kerana kesilapan anda sendiri. Mungkin ada faktor lain, tapi pastikan masalah simple sebegini dapat diselesaikan dahulu. Kawal tekanan anda bila anda tension. Banyak cara untuk mengawal stres. Cuma anda sendiri perlu bijak apakah cara terbaik dalam menguruskan stres.
5.Anda gemuk?
Risiko untuk anda menghidap penyakit darah tinggi amatlah tinggi berbanding yang kurus. Kurangkan berat badan anda dengan bersenam dan makan makanan yang seimbang.
Apa yang penting, kesedaran tentang kesihatan anda sendiri perlu dititik beratkan. Bukan orang lain. Semoga tips-tips pencegahan ini menjadi panduan kepada anda dalam menjalani gaya hidup yang penuh dengan cabaran ini.
Good Luck!
Anda mungkin juga ingin membaca post ini
July 28, 2008
· Filed under herba, sauna
Kemunting Cina adalah sejenis tumbuhan tempatan yang baik untuk mengubati penyakit kencing manis (diabetis mellitus). Kajian-kajian saintifik menunjukkan bahawa bahagian akar, batang dan daun kemunting cina mengandungi sejenis bahan insulin dan alkoloid akuaniidine yang mujarab untuk mengawal kencing manis. Tumbuhan berbunga putih atau merah jambu itu, atau nama saintifiknya catharanthus roseus. Ia berasal dari keluarga apocynaceaetine dan vincrustine.
Kedua-dua bahan itu bersifat anti-barah dan digunakan untuk mengubati ketumbuhan dan penyakit Hodgkin, iaitu sejenis penyakit leukimea di kalangan kanak-kanak.
Daun Kemunting Cina juga digunakan dalam kaedah tradisional untuk meredakan beberapa penyakit. Ia direndam di dalam air dan air tersebut kemudiannya diminum untuk meredakan senggugut.
Daunnya juga mujarab untuk menghilangkan bisa akibat sengatan serangga. Ia ditumbuk halus kemudian ditampal di mana-mana bahagian yang disengat.
Bagaimanapun, Kemunting Cina tidak sesuai diamalkan dengan kerap kerana tumbuhan itu didapati mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mendatangkan kesan sampingan.
Selamat mencuba
Anda mungkin juga ingin membaca post ini
July 23, 2008
· Filed under darah tinggi
Baik mari kita bincangkan mengenai faktor-faktor bagaimana darah tinggi boleh berlaku. Setelah anda mengetahuinya, sebaiknya anda mengambil langkah pencegahan awal supaya masalah ini tidak berlaku kepada anda. Walaubagaimana pun terdapat beberapa faktor yang sememangnya tidak dapat dielakkan.
Faktor-faktor yangmenyebabkan tekanan darah tinggi adalah seperti berikut:
Umur
Pada usia yang muda adalah jarang untuk anda menghidap penyakit darah tinggi. Tetapi apabila usia semakin lanjut, sel-sel badan sudah tidak secekap dulu. Dan begitu juga dengan jantung dan organ-organ lain yang berkaitan. Pada usia tersebut jantung terpaksa mengepam darah dengan lebih kuat supaya darah dapat mengalir keseluruh sel-sel badan. Sekiranya ukuran tekanan darah anda ialah 140/85, ia masih lagi dikatakan normal untuk anda. Terutama dengan pesakit yang berumur 35 dan ke atas. Kepada yang muda anda jangan sangka anda tidak akan menghidapinya kerana saya sendiri yang muda dan sihat ini pun pernah mengalaminya.
Keturunan
Keturunan juga menjadi salah satu faktor. Sekiranya bapa anda pernah mengalami penyakit darah tinggi. Ada kemungkinan juga anda mengalaminya. Apa yang paling penting adalah bagaimana anda mengawalnya ke tahap normal. Semuanya terpulang kepada anda.
Stres
Setiap orang mengalaminya, tidak ada seorang pun manusia normal yang tidak pernah mengalami stres. Disebabkan dengan pelbagai tekanan yang melampau, darah tinggi boleh berlaku kepada anda. Kawal stres anda. Terdapat banyak cara untuk menangani stres, mungkin selepas ini saya akan mengulas mengenainya dengan lebih lanjut. Salah satunya caranya adalah dengan cara meditasi. Lihat di sini, Bagaimana anda ingin menguruskan stres? Dengan meditasi, hati dan jiwa anda akan menjadi lebih tenang dan anda akan berfikir dengan lebih rasional tanpa melakukan apa-apa perkara di luar batasan. Sekiranya orang tersebut terlalu stres. Kita tidak boleh jangka apa yang dilakukannya.
Pemakanan
Kawal pemakanan anda. Kurangkan memakan makanan yang mengandugi kandungan garam yang tinggi. Kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah anda. Makan makanan yang seimbang. Pastikan segala nutrien yang diperlukan mencukupi untuk badan anda. Di Tips sihat: Adakah anda bersarapan pagi? ,saya ada menerangkan mengenai makanan apa yang anda patut makan ketika bersarapan.
Kolesterol
Selalunya kolesterol sering dikaitkan dengan obesiti. Kolesterol yang tinggi akan menyebabkan kandungan LDL juga turut meningkat. Peningkatan LDL akan menyebabkan plak terkumpul dan menyekat aliran darah. Laluan saluran darag yang sempit akan menyebabkan tekanan darah semakin meningkat dan sekaligus turut menyebabkan masalah sakit jantung.
Anda mungkin juga ingin membaca post ini
July 21, 2008
· Filed under herba
Tomato berasal daripada keluarga terung dan ubi kentang. Ia sesuai dimakan mentah. Kebanyakan sayuran contohnya buah tomato kaya dengan vitamin A, B, C dan serat galian. Zat ini diperlukan sebagai bahan awet muda. Tomato juga kaya dengan asid semula jadi dan merupakan makanan yang paling sesuai untuk menjamin kesihatan perut dan usus. Perahan tomato dicampur dengan sedikit gula untuk dijadikan minuman berkhasiat.
Isi dan perahan tomato mudah hadam serta bertindak sebagai julap dan membersihkan darah. Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan, tomato amat berkesan untuk mengurangkannya. Tomato juga baik untuk mengubati penyakit kencing manis. Di samping itu juga, tomato dapat meningkatkan kecergasan minda dan daya ingatan.
Anda mungkin juga ingin membaca post ini