Archive for May, 2008

Sayur-sayuran jenis cruciferous

If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!

Saya yakin majoriti antara anda tidak gemar memakan sayur-sayuran terrmasuk juga saya : ) tetapi lebih baik anda mula menyukainya kerana sayur-sayuran jenis Cruciferous boleh membantu tubuh anda menentang toksin dan serangan yang paling ditakuti iaitu BARAH. Maka amalkanlah memakan sayuran jenis ini setiap hari sama- ada mentah ataupun separuh masak agar semua enzim pentingnya dapat anda perolehi. Contoh sayuran yang terdiri daripada jenis ini ialah kubis, kubis bunga , brokoli dan lobak.

Read More

Beri

Terdapat pelbagai jenis beri. Tetapi terdapat sejenis bahan kimia yang terkandung iaitu phytochemicals yang terdapat dalam semua jenis beri biru dan hitam. Beri jenis ini dapat melindungi kulit anda yang rosak akibat radikal dan penuaan. Turut juga mempunyai vitamin C yang berupaya dalam menghasilkan kolagen dan vitamin ini sugguh baik untuk kulit.

Read More

Avocado

buah avocado

Disenaraikan dalam kategori buah avocado acapkali diambil sebagai sebahagian daripada sayur-sayuran.

Merupakan sumber lemak tepu yang membantu merendahkan low density lipoprotein (LDL) dalam badan. Selain itu buah ini juga mengandungi vitamin E. Vitamin penting dalam mengekalkan bentuk kulit yang sihat di samping menghalang proses penuaan.

Avocado juga kaya dengan potassium. Potassium merupakan antara komponen penting dalam pengawalan tekanan darah tinggi.

Read More

Kempen 11 hari. Anda ingin tahu?

Baiklah mungkin anda tidak sabar-sabar untuk mengetahuinya bukan? Bermula esok saya akan memulakan kempen sihat selama 11 hari khas untuk pembaca di laman blog Doa Herbs. Apa yang ada dalam kempen sihat selama 11 hari ini?

Di dalam kempen ini saya akan menerangkan variasi makanan yang membantu melambatkan proses penuaan.

Terdapat 11 jenis makanan yang akan direview selama 11 hari berturut-turut. Mungkin penerangannya agak ringkas tapi ia padat dengan maklumat berguna!

Kempen ini adalah sebagai pengenalan kepada pembaca semua dalam meneroka ilmu tentang kesihatan , rawatan tradisional, rawatan alternatif, dan juga herba-herba.

Malah mungkin dalam post-post akan datang saya akan mengajak anda untuk meneroka ciptaan Allah yang paling sempurna iaitu MANUSIA. Saya akan berkongsi bersama anda semua tentang segala ilmu perubatan yang dipelajari oleh doktor-doktor sekarang. Segala keajaiban manusia akan dikupas pada post yang akan datang.

Diharap anda setia menunggunya..

Oh ya sebelum saya terlupa.

Blog ini juga akan memberitahu anda tentang perkembangan dalam dunia Doa Herbs, pusat rawatan kesihatan dan alternatif yang terbaik untuk anda.

Nantikan perkembangan terbaru kami ya :)

Read More

Kerusi urut elektrik vs rawatan urut tradisional. Apa kelebihannya?

Kedua-dua terapi mempunyai kelebihannya tersendiri. Terapi urut ini membantu melegakan sengal- sengal badan juga meningkatan sistem imun dalam badan.

Urutan tradisional memainkan peranan yang penting dalam melegakan bahagian badan belakang. Bagaimana pula dengan kerusi urut elektrik? Sekiranya anda menginginkan privasi kerusi urut elektrik adalah pilihan terbaik untuk anda.

1. Membantu membaiki peredaran vena dan juga peredaran limfa.

Semasa menjalani urutan otot-otot yang diurut akan menekan salur-salur darah dan ini akan meningkatkan kadar aliran salur darah. Ini seterusnya akan membantu meningkatkan resapan nutrien ke dalam tisu-tisu badan. Urutan ini juga meningkatkan pembuangan toksin-toksin melalui saluran limfa.

2. Membantu mengurangkan tekananan dan meningkatkan fleksibiliti.

Urutan terapi ini dapat membantu anda melegakan dan mengurangkan lenguh-lenguh otot dan sendi supaya kembali cergas dan bertenaga. Sangat sesuai untuk anda lakukannya selepas keletihan bekerja dan ingin melepaskan tekanan yang ada.

3. Membantu meningkatkan paras endorphin level.

Ini merupakan kelebihan paling utama dalam terapi urutan ini. Hormon endorphin ini merupakan hormon ‘feel good’ kerana hormon ini amat membantu dalam meningkatkan kadar penyembuhan luka, rasa sakit serta mengurangkan perasaan risau atau gementar.

Semoga panduan ini mendedahkan anda serba sedikit mengenai terapi urutan ini.

Read More