Archive for June, 2008

Bagaimana anda ingin menguruskan stres?

Setiap orang tidak akan terlepas dalam menghadapi stres. Tanyalah sesiapa pun di dunia ini. Sekiranya ada yang mengatakan mereka tidak pernah mengalami stress, maka anda sedang bercakap dengan seseorang yang tidak siuman, hilang akal, gila dan seumpamanya. Setiap orang akan mengalaminya dan ia bergantung kepada seseorang bagaimana ia menanganinya. Sekiranya individu tersebut menangani dengan cara yang betul, maka positiflah hasilnya.

Arggh stressnya!!!
Mengapa keadaan in berlaku? Antara puncanya adalah kita sering memikirkan masalah tersebut, ataupun disebabkan bebanan tugas yang banyak ditambah pula dengan deadline yang semakin hampir.

Dalam post ini saya akan menerangkan kepada anda salah satu kaedah untk menenangkan minda supaya kita dapat menangani stress dengan baik dan sekaligus membolehkan kita bertindak secara positif dan bukan mengikut perasaan. Teknik yang akan saya terangkan di sini dipanggil teknik pernafasan terarah. Teknik ini merupakan salah satu teknik meditasi yang boleh kita amalkan supaya minda dikosongkan dengan segala macam masalah. Sekiranya anda mengamalkan teknik ini setiap hari Insya-Allah saya berani jamin hidup anda akan dipenuhi dengan motivasi dan sentiasa ceria.

Baik mari kita mulakan.
Mula-mula sekali anda perlu duduk dengan tenang. Sebaik-baiknya anda perlu bersila dan pastikan postur badan anda dalam keadaan tegak. Temukan ibu jari anda dengan jari telunjuk dan letakkan kedua-dua belah tangan anda di atas paha.

Dengan tenang pejamkan mata anda. Kosongkan fikiran anda. Jangan fikir apa-apa. Ingat tujuan anda adalah untuk menenangkan fikiran.

Kemudian tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung dengan perkiraan 4 saat. Bayangkan anda menyedut tenaga yang berwarna putih. Tahan pernafasan anda selama 2 saat. Semasa menahan pastikan tenaga putih itu bertumpu di bawah pusat. Ia bagaikan cahaya putih yang memasuki badan anda dan menyelubungi segenap ruang di dalam badan anda.
Hembus nafas anda melalui hidung selama 4 saat. Bayangkan anda mengeluarkan senua tenaga hitam yang kotor keluar dari badan anda. Selepas itu tahan pernafasan anda selama 2 saat. Sekarang anda sudah selesai melalui fasa pertama dalam pernafasan teknik terarah.

Ulangi menarik nafas, tahan nafas dan hembus nafas seperti yang saya terangkan di atas tadi. Cuma kali ini anda tidak perlu membayangkan tenaga putih dan tenaga hitam tersebut. Lakukan latihan ini selama 15 hingga 20 minit.

Pada hari berikutnya, tingkatkan pernafasan anda kepada 6 saat untuk menarik nafas, 3 saat untuk menahan nafas dan 6 saat lagi untuk menghembuskan nafas. Lakukan proses ini berulang kali dan apabila anda sudah mahir, tambahkan 1 saat lagi pada setiap sesi pernafasan. Selepas itu tambahkan masa teknik pernafasan terarah ini dari 20 minit hingga satu jam atau selama mana yang anda mahukan.

Diharap dengan teknik ini anda dapat mengamalkannya pada masa akan datang untuk menjadi manusia yang lebih positif dan sentiasa ceria dalam hidup. Selamat Berjaya.:)

Read More

Info Herba-Serai ubati demam kuning

Di Malaysia, serai bagaikan kemestian untuk menjadi sebahagian daripada ramuan utama dalam kebanyakan masakan terutamanya dalam sajian lauk berkuah. Serai adalah salah satu daripada jenis rempah. Ia berbentuk batang yang memberi rasa harum dan segar dalam masakan.

Yang menimbulkan aroma harum itu ialah batangnya yang berwarna putih. Batang serai yang berukuran lebih kurang 10 cm panjang seringkali digunakan. Selepas dibersihkan batang serai ditiriskan kemudiannya ditumbuk atau diketuk sebelum dimasukkan ke dalam masakan.

Batang serai sesuai dimasukkan dengan lada, santan, lengkuas dan bawang putih. Ia juga boleh diracik-racik untuk menjadi sebahagian rencah kerabu atau perisa hiasan bagi mendapatkan aromanya. Haruman daripada batang serai tentunya menimbulkan tarikan dan juga selera makan.
Serai juga dipanggil Serai Makan atau nama saitifiknya Cybopogon Citratus dari keluarga Graminieae dan juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Salah satu daripadanya ialah dapat mengubati demam kuning.

Untuk merawat demam kuning, secekak pokok serai direbus dalam bekas yang mengandungi sebaldi air. Keseluruhan pokok termasuk akar dan daunnya direbus sehingga air rebusan itu mendidih.

Selepas beransur suam, ia kemudian dijadikan air mandian dan sebaik-baiknya tidak dibilas dengan air biasa. Amalkannya tiga kali sehari iaitu setiap kali waktu mandi sehingga demam kuing itu benar-benar sembuh.

Serai juga boleh membantu mengurangkan kolesterol iaitu asid lemak yang terdapat di dalam badan menerusi pemakanan. Bagi mengurangkan kolesterol, tiga atau empat batang serai yang telah dibuang akar dan daunnya diracik-racik terlebih dahulu sebelum direbus.

Ambil segelas air rebusan itu kemudian diminum perlahan-lahan atau sedikit demi sedikit dua kali sehari iaitu setiap pagi dan juga malam. Dalam beberapa minggu sahaja paras kolesterol anda akan menurun.

Read More

‘Penyakit Budaya’ di Malaysia

Typical festive fare during Hari Raya Puasa or Hari Raya Haji (clockwise from bottom left): beef soup, nasi himpit (compressed rice cubes), beef rendang and sayur lodeh.

Terdapat beberapa jenis penyakit yang kini sudah sinonim dengan rakyat Malaysia. Kalau tak da penyakit nih sah-sah itu bukan negara Malaysia. Negara apa saya pun tidak tahu. Agak -agak anda apakaah jenis penyakit yang saya maksudkan? Saya rasa apa yang anda agak hampir semuanya betul. Penyakit tersebut adalah kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol dan gout.

Mengapa saya katakan begitu? Kerana penyakit tersebut amat berkait dengan pemakanan di Malaysia. Manakan tidak, setiap hari kita dihidangkan dengan makanan yang penuh menyelerakan dan selalunya kita tidak fikirkan apa yang di palestin makan, apa rakyat di Afghanistan makan termasuk negara-negara yang sekarang ini sedang mengalami kemelut peperangan. Kita patut bersyukur dengan nikmat yang tuhan kurniakan iaitu keamanan dan kemakmuran. Cuba kita lihat negara yang sedang mengalami kemelut sekarang, untuk mencari sesuap makanan pun susah. Ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang belum tentu dapat makan petang.

Disebabkan kelekaan kita itulah kita mudah ditimpa penyakit apabila umur menginjak ke 40-an. Pemakanan yang tidak teratur dan gaya kehidupan yang tidak menentu menjadi pemangkin kepada ‘penyakit budaya Malaysia’ hinggap ditubuh masing-masing. Dan melalui pemerhatian saya, orang yang berpenyakit ini akan mula berpantang selepas dinasihatkan oleh doktor supaya menjaga tabiat pemakanan mereka. Mereka akan diberi satu senarai makanan yang patut dielakkan supaya penyakit tersebut tidak melarat.

Pada post yang akan datang kita akan mengupas dengan lebih mendalam mengenai penyakit kencing manis, gout, high kolesterol dan juga darah tinggi supaya pembaca dapat lebih memahami bagaimana ia berlaku dan langkah pencegahan apa yang patut diambil dalam menangani ‘penyakit budaya Malaysia’ ini.

Saya juga akan memberikan tips-tips pemakanan dan diet yang betul supaya amalan pemakanan kita dapat diubah kepada yang lebih sihat dan sekaligus dapat menghindarkan daripada penyakit yang tidak diingini. Mencegah lebih baik daripada mengubati bukan?

Read More

Info herba -Bunga matahari turunkan tekanan darah tinggi

Photograph of flower head of Bidens torta taken December 30, 2002 at Kolekole Pass, Schofield Barracks, O'ahu, Hawai'i by Eric Guinther and released under the GNU Free Documentation License. All remaining rights reserved.

Dunia perubatan tradisional menawarkan banyak kaedah untuk mengubati penyakit darah tinggi. Antara kaedah-kaedah yang diketahui mujarab untuk menurunkan tekanan darah tinggi ialah dengan menggunakan bunga matahari, iaitu sejenis tumbuhan yang berbentuk seperti matahari dan berasal dari keluarga Compositae.

Seluruh bahagian pokok buga matahari atau nama saintifiknya Helianthus Annuus, amat tinggi nilainya dari segi perubatan. Bunganya yang besar berwarna kuing direbus dan airnya diminum untuk menghilangkan sakit kepala dan juga pening-pening bagi menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit senggugut dan meredakan asma. Bijinya digoreng atau dipanggang untuk dijadikan kuaci, dan ia juga mengandungi vitamin, fosforus, potassium, protein serta minyak.

Kajian-kajian yang dibuat telah menunjukkan bahawa minak daripada biji bunga matahari ini mengandungi asid linolenik dan gliserida yang dikatakan baik untuk menghalang hiperlipidemia dan lasterolemia. Biji-biji itu juga mujarab untuk melawaskan proses pembuangan air kecil dan besar. Ia juga dapat mengubati bauk dan radang buah pinggang.

Akarnya berperanan sebagai julap. Ia direbus dan diminum untuk mengatasi masalah sembelit dan juga mengubati sakit perut. Dalam perubatan tradisional china, bunga matahari dikatakan berkesan membuang angin dan juga untuk menyejukkan tubuh badan.

Read More

Hasil setelah menjalani terapi di pusat rawatan Doa Herbs

Hari jumaat lepas merupakan hari yang paling menggembirakan saya setelah sebulan bekerja di Pusat Rawatan Kesihatan Doa Herbs di Rawang. Saya ingin memperkenalkan seorang pelanggan kami yang menjalani rawatan terapi di Doa Herbs.

Nama pesakit tersebut ialah pakcik Ali dan beliau telah mengalami gout yang agak teruk semasa mula-mula dia menjejakkan kaki di pusat rawatan kami. Pakcik Ali sukar bergerak dan memerlukan pertolongan kerusi roda untuk bergerak ke mana-mana. Pada hari pertama pakcik Ali datang ke pusat rawatan kami, beliau terpaksa didukung untuk untuk bergerak masuk ke dalam pusat rawatan kami. Setelah ditanya pakcik Ali memberitahu masalah penyakit yang dialaminya. Pakcik Ali menyatakan bahawa beliau sebenarnya telah lama mengalami penyakit gout dan tidak menyangka penyakit tersebut akan menjadi benar-benar serius sehingga menyebabkan beliau tidak boleh berjalan.

Setelah 3 hari menjalani terapi di Doa Herbs, tiada apa-apa perubahan fizikal yang boleh dilihat dan beliau mengatakan sudah dua hari berturut-turut beliau demam disebabkan terlalu kerap didukung dan menyebabkan beliau sakit-sakit badan. Dan apa yang mengejutkan saya pada hari keempat, beliau sudah boleh berjalan menggunakan tongkat dan tidak perlu lagi didukung mahupun menggunakan kerusi roda. Saya mengucapkan syukur kepada tuhan kerana dengan izin tuhan perubahan pakcik Ali sudah mula menampakkan kesan positif hasil daripada terapi yang dijalankan di Doa Herbs, juga senaman yang diamalkan dan hasil pemilihan pemakanan yang betul atas nasihat doktor.

Pakcik Ali disarankan menjalani terapi rawatan selama 7 hari untuk menampakkan kesan positif. Terapi yang dijalankan selama tujuh hari meliputi terapi elektrostatik, terapi ion spa kaki, dan mandian sauna. Walau apa pun niat kami di Doa Herbs ikhlas untuk membantu orang yang mengalami penyakit untuk pulih seperti biasa dan menjalani kehidupan seperti manusia normal yang lain.

Semoga pakcik Ali cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa. :)

Read More