Cegah penyakit darah tinggi anda!
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!
Darah tinggi merupakan penyakit yang sangat ‘common’ di negara kita. Sekiranya anda sudah sangat maklum dengan penyakit ini, apa lagi yag patut kita buat? Cegah penyakit tersebut sebelum ia menghancurkan hidup anda. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
1.Bersenam
Setiap pagi atau petang anda harus bersenam supaya peluh dapat dikeluarkan. Kalau susah sangat nak berjoging, do something yang dapat mengeluarkan peluh seperti berkebun, menari dan sebagainya.
2.Jangan merokok
Saya sangat-sangat tidak menggalakkan anda merokok. Tidak ada benda yang baik pun dalam merokok nih. Kalau setakat ingin melepaskan tekanan dan nak tunjuk macho, baik tak payah sebab banyak lagi cara lain yang jauh lebih sihat daripada merokok. Bukan sahaja darah tinggi malah ada seribu macam jenis penyakit sekiranya anda merokok.
3.Pemakanan
Kawal pemakanan anda. Jangan main ikut sedap mulut je nak makan semua. Jika sarapan, makan roti atau oat. Dan pastikan anda makan makanan yang mengandungi kurang garam. Ada yang tanya macam mana nak tau ada garam atau tidak dalam makanan tu? Sekiranya anda sendiri yang masak, sudah tentu anda sendiri yang tahu. Dan itulah salah satu sebabnya. Makan di rumah dan kurangkan makan di luar. Kalau nak makan di luar, pastikan anda maklumkan pelayan tersebut supaya jangan letak garam dalam menu tersebut.
4.Gaya hidup
Ubah gaya hidup anda. Pastikan gaya hidup anda kali ini menjadi lebih teratur. Aturkan tugasan-tugasan yang perlu dilakukan. Pastikan anda tahu prioriti dalam tugasan anda. Saya cakap begini kerana selalunya anda selalu mengalami tekanan adalah kerana kesilapan anda sendiri. Mungkin ada faktor lain, tapi pastikan masalah simple sebegini dapat diselesaikan dahulu. Kawal tekanan anda bila anda tension. Banyak cara untuk mengawal stres. Cuma anda sendiri perlu bijak apakah cara terbaik dalam menguruskan stres.
5.Anda gemuk?
Risiko untuk anda menghidap penyakit darah tinggi amatlah tinggi berbanding yang kurus. Kurangkan berat badan anda dengan bersenam dan makan makanan yang seimbang.
Apa yang penting, kesedaran tentang kesihatan anda sendiri perlu dititik beratkan. Bukan orang lain. Semoga tips-tips pencegahan ini menjadi panduan kepada anda dalam menjalani gaya hidup yang penuh dengan cabaran ini.
Good Luck!