About Us

Nama diberi : Hidayat Shariff aka Madno

Baiklah apa yang anda ingin tahu tentang saya? Untuk makluman anda, saya merupakan seorang pelajar perubatan tahun dua di Universiti Malaya.

Tujuan penubuhan blog Doaherbs

Sebagai pelajar perubatan, saya merasakan adalah tanggungjawab saya untuk memberikan kesedaran tentang kesihatan dan tips-tips kepada pembaca seperti anda. Perkongsian ilmu ini berdasarkan apa yang telah saya belajar selama dua tahun pengajian di UM. Di samping perubatan moden, saya juga berminat dalam mendalami pelbagai jenis perubatan alternatif yang lain kerana pada pendapat saya perubatan moden dan alternatif sepatutnya seiring dan tidak sepatutnya kita mengetepikan perubatan alternatif ini kerana ia juga turut berkesan dalam merawat penyakit.

Pusat Rawatan Doaherbs

Doa Herbs merupakan satu pusat rawatan alternatif dan rawatan tradisional yang bersedia memberikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan kami. Blog Doa Herbs memberikan anda pendedahan tentang rawatan alternatif masa kini dalam merawat penyakit-penyakit kronik. Blog ini juga turut memberikan tips-tips berguna dalam penggunaan produk kesihatan dan tips untuk menjalani hidup yang sihat dan sempurna.

Doa Herbs kini bertempat di Rawang, Selangor

Anda mungkin juga ingin membaca post ini

Comments are closed.