Batuk dan bersin mudah dijangkiti?

If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!

Perkara ini sudah membelenggu dan menjadi pertanyaan saya sejak sekian lama lagi. Isu batuk bersin ini saya telah sedari sejak kecil tapi masih tidak mengetahui sebabnya. Adakah begitu cepat penyakit batuk dan bersin ini berjangkit ?

Petang tadi ada seorang sahabat memberikan tazkirah seperti biasa di surau  kolej tempat saya belajar. Dan ketika itu dia sering batuk-batuk semasa memberikan tazkirah. Dan perkara yang menghairankan saya ialah bila sahabat saya batuk, pasti akan ada orang lain yang turut batuk. Apakah mekanisma yang menyebabkan batuk yang berturutan ini terjadi ? Dan  tidak dinafikan ia adalah lumrah manusia yang kadang-kadang kita sendiri pun tiada jawapan kerana terbatasnya ilmu yang ada di dada.

Saya yakin anda juga turut menyedari perkara berkenaan. Apabila ada orang batuk atau bersin pasti akan ada yang turut sama batuk dan bersin seperti anda dan ia akan berlarutan dan berjangkit kepada 4-5 orang yang lain dan ia berlaku secara berturutan. Adakah disebabkan terdapat satu stimuli yang akan menyebabkan badan terasa ingin batuk bila orang lain batuk?

Saya yakin persoalan ini pasti  ada jawapannya tetapi saya masih tidak menjumpainya. Sekiranya anda tahu, saya amat mengalu-alukannya. Anda boleh berikan jawapan di bahagian comment. Diharap ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan bersama. :)

Anda mungkin juga ingin membaca post ini

Filed under: sauna

1 Response

  1. Skira Says:

    memang betol la.

    kat kuliah aku pon sorg batuk,

    orang lain pon nak batuk jugak.pelik btol la.

    Posted on July 20th, 2008 at 3:35 pm

Leave a Reply