Bunga Tanjung Ubati Kudis Buta

Spanish cherry atau bunga tanjung sejenis tumbuhan yang berasal dari keluarga Sapotaceae. Pokok itu yang tumbuh sehingga paras 20 meter akan mengeluarkan bunga-bunga kecil yang berbau harum yang bertindak sebagai perangsang dari segi perubatan.

Kulit pokok bunga tanjung direbus untuk dibuat tonik yang pedar dan pahit rasanya. Ia digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati demam, kudis buta dan penyakit kulit yang dikenali sebagai exzema.

Di samping itu, kulit dan daun pokok bunga tanjung ditumbuk lumat untuk digunakan sebagai ubat sapu untuk menghilangkan bisa akibat dipatuk ular. Di Indonesia, daun bunga tanjung digunakan sebagai satu kaedah perubatan tradisional untuk merawat asma, tonsillitis, vertigo dan angin.

Dari segi saintifiknya, pokok bunga tanjung dikenali sebagai Mimusops Elengi. Ia juga mengeluarkan buah-buah kecil yang berkesan untuk merawat penyakit disentri iaitu berak berdarah.

Anda mungkin juga ingin membaca post ini

Tags:

One Response to “Bunga Tanjung Ubati Kudis Buta”

  1. niZAM says:

    maksud tuan, kulit pokok bunga tanjung tu di tumbuk lumat dan kemudian direbus. Air rebusan itu lah yang akan diminum sebagai ubat kan? betul tak ?

Leave a Reply