Spanish cherry atau bunga tanjung sejenis tumbuhan yang berasal dari keluarga Sapotaceae. Pokok itu yang tumbuh sehingga paras 20 meter akan mengeluarkan bunga-bunga kecil yang berbau harum yang bertindak sebagai perangsang dari segi perubatan.
Kulit pokok bunga tanjung direbus untuk dibuat tonik yang pedar dan pahit rasanya. Ia digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati demam, kudis buta dan penyakit kulit yang dikenali sebagai exzema.
Di samping itu, kulit dan daun pokok bunga tanjung ditumbuk lumat untuk digunakan sebagai ubat sapu untuk menghilangkan bisa akibat dipatuk ular. Di Indonesia, daun bunga tanjung digunakan sebagai satu kaedah perubatan tradisional untuk merawat asma, tonsillitis, vertigo dan angin.
Dari segi saintifiknya, pokok bunga tanjung dikenali sebagai Mimusops Elengi. Ia juga mengeluarkan buah-buah kecil yang berkesan untuk merawat penyakit disentri iaitu berak berdarah.
Read More
Salam sejahtera.
Anda pernah lihat iklan yang menggunakan limau purut di tv? Jika pernah pasti anda tahu kebaikannya.
Nama saintifik bagi limau purut ialah citrushystrix. Limau ni lebih kurang macam limau yang lain tapi buahnya lebih menggerutu dengan rasa masam dan sedikit pahit.
Bagi suri rumah, daun limau purut menjadi pilihan sebagai ramuan atau perisa makanan untuk memasak lauk tomyam, asam pedas dan laksa.
Buahnya selalu dijadikan bahan penting dalam upacarq mandi bunga dan mandi wap yang menjanjikan kesegarannya.
Sekarang ada pula teknologi baru untuk menghasilkan minyak wangi dan haruman aroma daripada pati limau purut. Selain tu, limau purut juga afa kegunaan lain untuk penjagaan kesihatan dan rawatan sakit kulit.
Limau purut juga boleh dijadikan syampu sebagai pati tambahan.
Untuk mendapatkan kesegaran selepas penat suntuk bekerja, dua genggam daun limau purut direbus terlebih dahulu. Rebusan itu kemudiannya dijadikan air mandian yang dapat memberi kepuasan dan menjadikan badan anda kembali segar san bertenaga.
Untuk membersihkan kulit kepala yang berkerak dan berkelemumur, buah limau tersebut dipotong atau dibelah dua sebelum disental pada kulit kepala yang mungkin menyebabkannya terasa pedih.
Selepas disental, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Kaedah yang sama juga digunakan untuk mengatasi masalah kulit kering yang bersisik.
Sentalkan buah limau purut yang telah dibelah dua pada bahagian kulit yang bersisik dan biarkan ia seketika sebelum dibilas.
Read More
Pokok tebu hitam atau nama saintifiknya Sacharum Offcinarum adalah salah satu herba yang boleh mengubati batuk, mengurangkan panas badan, menambah selera makan dan mengatasi masalah jantung berdebar.
Air perahan tebu hitam juga mempunyai khasiat tersendiri termasuk mengubati batuk dan mengurangkan panas badan. Caranya ialah dengan membakarnya terlebih dahulu lima atau enam ruas tebu hitam. Selepas itu ia dikupas dan diperah sebelum airnya diminum begitu sahaja.
Tebu hitam juga dapat merawat masalah jantubg berdebar-debar. Caranya ialah selepas mencuci bersih, akar tebu hitam itu kemudiannya dikeringkan selama beberapa hari. Rebuskan akar yang telah dikeringkan itu dan minum air rebusan itu pada setiap pagi dan juga petang. Sebaik-baiknya kaedah ini dijadikan amalan sehingga pesakit mendapati masalah jantung berdebarnya sudah tiada lagi.
Selamat mencuba:)

Read More
Sebelum anda terkejut dengan tajuk ini, biar saya bagitau awal-awal bahawa ia bukanlah apa yang anda fikirkan. Takkanla dukung dan dodoi anak dapat turunkan darah tinggi yer x? Dukung anak yang saya maksudkan merupakan sejenis TUMBUHAN liar yang boleh ditemui di kawasan terbiar, di tepi jalan atau parit.
Semua bahagian tumbuhan itu direbus dan airnya diminum pada setiap hari untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Kaedah yang sama juga berkesan untuk mengubati cirit-birit. Air perahan daripada pokok dukung anak juga boleh digunakan untuk mengubati luka dan kudis. Titiskan air perahan itu ke bahagian yang luka dan berkudis dengan kerap selama beberapa hari sehingga sembuh.
Pokok dukung anak juga dikenali sebagai amin buah atau keman jolok yang dikatakan mujarab untuk mengubati demam kuning yang kerap dialami bayi-bayi semasa baru lahir.
Pokok itu dimasak dengan sedikit susu kambing dan diberi minum kepada bayi. Kaedah yang sama juga dikatakan berkhasiat untuk merawat penyakit hepatitis. Amalkan pada setiap hari selama beberapa bulan dan lihatlah hasilnya.
PERINGATAN: Perubatan menggunakan pokok dukung ini tidak sesuai bagi mereka yang menghidap penyakit batu karang.
Cuba kita lihat, satu jenis tumbuhan mempunyai berbagai-bagai jenis khasiat yang sangat baik untuk kesihatan badan kita. Alangkah hebatnya kuasa tuhan yang menjadikan setiap ciptaannya berfaedah dan berguna untuk sesama makhluk. Subhanallah….
Semoga petua ini dapat diamalkan bersama
Read More
Petai belalang adalah sejenis tumbuhan tempatan yang lazat dimakan mentah atau dibuat ulam atau dimasak sambal. Dalam perubatan tradisional, tumbuhan ini dikenali kerana khasiatnya dapat mengubati kencing manis. Akarnya direbus bersama tiga cawan air dan kemudian dibiarkan air tersebut kering sehingga tinggal satu cawan air.
Selawat tiga kali dan minum sekali dalam sehari. Dari segi saintifik ia dikenali sebagai Leucaena Leucocephala. Petai belalang ini juga berkesan untuk merawat batuk dan demam campak.
Daun petai belalang muda ditumbuk dengan beras kemudian ditampal pada kerongkong untuk meredakan batuk. Boleh juga disapu pada seluruh badan untuk mengubati kudis demam campak. Daun petai belalang juga berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur dan juga kulit bersisik.
Daunnya dibakar manakala abunya dicampur dengan minyak kelapa sebelum digosok ke kulit kepala. Balut dengan plastik pembalut rambut dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air bersih. Juga digosok-gosok kebahagian yang bersisik.
Untuk mengatasi masalah kayap, rebuskan pucuk daun petai belalang dengan tawas. Air rebusan itu digunakan untuk mandian dan membersihkan badan.
Selamat mencuba
Read More