Archive for the ‘ion spa kaki’ Category

Hasil setelah menjalani terapi di pusat rawatan Doa Herbs

Hari jumaat lepas merupakan hari yang paling menggembirakan saya setelah sebulan bekerja di Pusat Rawatan Kesihatan Doa Herbs di Rawang. Saya ingin memperkenalkan seorang pelanggan kami yang menjalani rawatan terapi di Doa Herbs.

Nama pesakit tersebut ialah pakcik Ali dan beliau telah mengalami gout yang agak teruk semasa mula-mula dia menjejakkan kaki di pusat rawatan kami. Pakcik Ali sukar bergerak dan memerlukan pertolongan kerusi roda untuk bergerak ke mana-mana. Pada hari pertama pakcik Ali datang ke pusat rawatan kami, beliau terpaksa didukung untuk untuk bergerak masuk ke dalam pusat rawatan kami. Setelah ditanya pakcik Ali memberitahu masalah penyakit yang dialaminya. Pakcik Ali menyatakan bahawa beliau sebenarnya telah lama mengalami penyakit gout dan tidak menyangka penyakit tersebut akan menjadi benar-benar serius sehingga menyebabkan beliau tidak boleh berjalan.

Setelah 3 hari menjalani terapi di Doa Herbs, tiada apa-apa perubahan fizikal yang boleh dilihat dan beliau mengatakan sudah dua hari berturut-turut beliau demam disebabkan terlalu kerap didukung dan menyebabkan beliau sakit-sakit badan. Dan apa yang mengejutkan saya pada hari keempat, beliau sudah boleh berjalan menggunakan tongkat dan tidak perlu lagi didukung mahupun menggunakan kerusi roda. Saya mengucapkan syukur kepada tuhan kerana dengan izin tuhan perubahan pakcik Ali sudah mula menampakkan kesan positif hasil daripada terapi yang dijalankan di Doa Herbs, juga senaman yang diamalkan dan hasil pemilihan pemakanan yang betul atas nasihat doktor.

Pakcik Ali disarankan menjalani terapi rawatan selama 7 hari untuk menampakkan kesan positif. Terapi yang dijalankan selama tujuh hari meliputi terapi elektrostatik, terapi ion spa kaki, dan mandian sauna. Walau apa pun niat kami di Doa Herbs ikhlas untuk membantu orang yang mengalami penyakit untuk pulih seperti biasa dan menjalani kehidupan seperti manusia normal yang lain.

Semoga pakcik Ali cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa. :)

Read More

Lagi rawatan alternatif: Ion Spa Kaki

Hari ini saya akan memperkenalkan satu lagi rawatan alternatif yang jarang didengari pada pengamatan saya iaitu terapi ion spa kaki. Hakikatnya ia memang sudah popular di negara-negara lain. Saya akan berkongsi bersama anda apa yang terapi ini boleh buat dan apa kelebihan kepada kita sebagai pengguna yang menjalani terapi ion spa kaki ini.

Tubuh badan manusia mengandungi dua cas ion iaitu ion yang bercas positif dan ion yang bercas negatif. Pada tubuh badan manusia yang sihat nisbah ion yang bercas negative kepada ion yang bercas positif adalah 4:1 atau bersamaan 80% ion cas negatif dan 20% ion yang bercas positif.

Walaubagaimanapun disebabkan oleh cara hidup yang tidak sihat dan stress di zaman yang serba canggih kini, nisbah cas ion tersebut kebanyakannya tidak stabil. Ini disebabkan pengumpulan bahan-bahan buangan atau toksin yang berlebihan di dalam badan seperti diactetic, lactic, pyruvic, carbonic, uric acid dan sebagainya.

Dengan rawatan yang dijalankan melalui ion terapi spa ini, medan elektrik negative akan terhasil di dalam air dan juga melalui proses osmosis. Dengan ini ia akan meningkatkan aktiviti dalam sel tisu badan manusia.

Bagaimana ia berfungsi?

Molekul air mengandungi dua atom hydrogen dan satu atom oksigen. Apabila pengionan berlaku molekul tersebut akan berpecah kepada ion H dan ion OH. Ion OH yang bercas negative ini akan mengembalikan ketidakseimbangan cas di dalam tubuh dan menyingkirkan toksin yang berlebihan terus dari tubuh melalui kaki.

Proses pengionan ini juga penting untuk supaya paras keasidan dalam salur darah dan tisu dapat dikurangkan.

Kulit dan muka

Bahagian gelap di bawah mata, sendi-sendi yang bengkak merupakan antara salah satu kesan yang menandakan pengumpulan toksin berlebihan di dalam badan.

Sekiranya anda menjalani rawatan terapi ion spa ini secara berterusan dan mengamalkan pemakanan yang sihat, masalah yang anda hadapi akan dapat dikurangkan.

Hasilnya, sekiranya individu yang sihat menjalani terapi ini, individu tersebut akan merasakan badan lebih ringan daripada biasa dan lebih bertenaga. Manakala pada individu yang mengalami penyakit seperti gout, bengkak sendi, akan merasakan kesakitan yang dialami akan mula berkurang dan pada jangka masa panjang, ia akan kembali pulih seperti biasa.

Read More