Archive for the ‘kencing manis’ Category

Petai Belalang penawar kencing manis

Monday, September 22nd, 2008
Lead tree, Leucaena leucocephala, is checked u...

Petai belalang adalah sejenis tumbuhan tempatan yang lazat dimakan mentah atau dibuat ulam atau dimasak sambal. Dalam perubatan tradisional, tumbuhan ini dikenali kerana khasiatnya dapat mengubati kencing manis. Akarnya direbus bersama tiga cawan air dan kemudian dibiarkan air tersebut kering sehingga tinggal satu cawan air.

Selawat tiga kali  dan minum sekali dalam sehari. Dari segi saintifik ia dikenali sebagai Leucaena Leucocephala. Petai belalang ini juga berkesan untuk merawat batuk dan demam campak.

Daun petai belalang muda ditumbuk dengan beras kemudian ditampal pada kerongkong untuk meredakan batuk. Boleh juga disapu pada seluruh badan untuk mengubati kudis demam campak. Daun petai belalang juga berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur dan juga kulit bersisik.

Daunnya dibakar manakala abunya dicampur dengan minyak kelapa sebelum digosok ke kulit kepala. Balut dengan plastik pembalut rambut dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air bersih. Juga digosok-gosok kebahagian yang bersisik.

Untuk mengatasi masalah kayap, rebuskan pucuk daun petai belalang dengan tawas. Air rebusan itu digunakan untuk mandian dan membersihkan  badan.

Selamat mencuba :)

Anda mungkin juga ingin membaca post ini