‘Penyakit Budaya’ di Malaysia
Terdapat beberapa jenis penyakit yang kini sudah sinonim dengan rakyat Malaysia. Kalau tak da penyakit nih sah-sah itu bukan negara Malaysia. Negara apa saya pun tidak tahu. Agak -agak anda apakaah jenis penyakit yang saya maksudkan? Saya rasa apa yang anda agak hampir semuanya betul. Penyakit tersebut adalah kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol dan gout.
Mengapa saya katakan begitu? Kerana penyakit tersebut amat berkait dengan pemakanan di Malaysia. Manakan tidak, setiap hari kita dihidangkan dengan makanan yang penuh menyelerakan dan selalunya kita tidak fikirkan apa yang di palestin makan, apa rakyat di Afghanistan makan termasuk negara-negara yang sekarang ini sedang mengalami kemelut peperangan. Kita patut bersyukur dengan nikmat yang tuhan kurniakan iaitu keamanan dan kemakmuran. Cuba kita lihat negara yang sedang mengalami kemelut sekarang, untuk mencari sesuap makanan pun susah. Ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang belum tentu dapat makan petang.
Disebabkan kelekaan kita itulah kita mudah ditimpa penyakit apabila umur menginjak ke 40-an. Pemakanan yang tidak teratur dan gaya kehidupan yang tidak menentu menjadi pemangkin kepada ‘penyakit budaya Malaysia’ hinggap ditubuh masing-masing. Dan melalui pemerhatian saya, orang yang berpenyakit ini akan mula berpantang selepas dinasihatkan oleh doktor supaya menjaga tabiat pemakanan mereka. Mereka akan diberi satu senarai makanan yang patut dielakkan supaya penyakit tersebut tidak melarat.
Pada post yang akan datang kita akan mengupas dengan lebih mendalam mengenai penyakit kencing manis, gout, high kolesterol dan juga darah tinggi supaya pembaca dapat lebih memahami bagaimana ia berlaku dan langkah pencegahan apa yang patut diambil dalam menangani ‘penyakit budaya Malaysia’ ini.
Saya juga akan memberikan tips-tips pemakanan dan diet yang betul supaya amalan pemakanan kita dapat diubah kepada yang lebih sihat dan sekaligus dapat menghindarkan daripada penyakit yang tidak diingini. Mencegah lebih baik daripada mengubati bukan?
Read More

