I wish i had the voice of Homer
To sing of rectal carcinoma,
Which kills a lot more chaps, in fact,
Than were bumped off when Troy was sacked.
I noticed i was passing blood
( only a few drops, not a flood).
So passinh on my homeward way
From Tallahassee to Bombay
I asked a doctor, now my friend,
To peer into my hinder end,
To prove or disprove the rumor
That i had a malignant tumor.
Read More
Kemunting Cina adalah sejenis tumbuhan tempatan yang baik untuk mengubati penyakit kencing manis (diabetis mellitus). Kajian-kajian saintifik menunjukkan bahawa bahagian akar, batang dan daun kemunting cina mengandungi sejenis bahan insulin dan alkoloid akuaniidine yang mujarab untuk mengawal kencing manis. Tumbuhan berbunga putih atau merah jambu itu, atau nama saintifiknya catharanthus roseus. Ia berasal dari keluarga apocynaceaetine dan vincrustine.
Kedua-dua bahan itu bersifat anti-barah dan digunakan untuk mengubati ketumbuhan dan penyakit Hodgkin, iaitu sejenis penyakit leukimea di kalangan kanak-kanak.
Daun Kemunting Cina juga digunakan dalam kaedah tradisional untuk meredakan beberapa penyakit. Ia direndam di dalam air dan air tersebut kemudiannya diminum untuk meredakan senggugut.
Daunnya juga mujarab untuk menghilangkan bisa akibat sengatan serangga. Ia ditumbuk halus kemudian ditampal di mana-mana bahagian yang disengat.
Bagaimanapun, Kemunting Cina tidak sesuai diamalkan dengan kerap kerana tumbuhan itu didapati mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mendatangkan kesan sampingan.
Selamat mencuba
Read More
Perkara ini sudah membelenggu dan menjadi pertanyaan saya sejak sekian lama lagi. Isu batuk bersin ini saya telah sedari sejak kecil tapi masih tidak mengetahui sebabnya. Adakah begitu cepat penyakit batuk dan bersin ini berjangkit ?
Petang tadi ada seorang sahabat memberikan tazkirah seperti biasa di surau kolej tempat saya belajar. Dan ketika itu dia sering batuk-batuk semasa memberikan tazkirah. Dan perkara yang menghairankan saya ialah bila sahabat saya batuk, pasti akan ada orang lain yang turut batuk. Apakah mekanisma yang menyebabkan batuk yang berturutan ini terjadi ? Dan tidak dinafikan ia adalah lumrah manusia yang kadang-kadang kita sendiri pun tiada jawapan kerana terbatasnya ilmu yang ada di dada.
Saya yakin anda juga turut menyedari perkara berkenaan. Apabila ada orang batuk atau bersin pasti akan ada yang turut sama batuk dan bersin seperti anda dan ia akan berlarutan dan berjangkit kepada 4-5 orang yang lain dan ia berlaku secara berturutan. Adakah disebabkan terdapat satu stimuli yang akan menyebabkan badan terasa ingin batuk bila orang lain batuk?
Saya yakin persoalan ini pasti ada jawapannya tetapi saya masih tidak menjumpainya. Sekiranya anda tahu, saya amat mengalu-alukannya. Anda boleh berikan jawapan di bahagian comment. Diharap ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan bersama.
Read More
Pada post yang lepas saya telah menerangkan kepada anda kelebihan dalam mandian sauna. Pada post kali ini saya ingin mengupas dengan lebih mendalam tentang khasiat mandi sauna. Cuma kali ini penerangan berkisar tentang mandi sauna berherba.
Apa yang menariknya di sini setiap khasiatnya mempunyai sukatan herba yang berbeza. Terdapat sedikit perbezaan dalam menjalani terapi sauna biasa dan sauna yang mengandungi herba. Sauna yang mengandungi herba mempunyai kelebihan tersendiri dalam membantu meningkatkan kesihatan badan.
Dalam menjalani mandi sauna berherba ini, herba-herba tersebut akan diserap melalui saluran pernafasan. Terapi ini berbeza dengan produk-produk lain yang berasaskan herba yang digunakan melalui pemakanan. Herba yang disedut melalui saluran pernafasan akan diserap secara langsung ke dalam peredaran darah dan ini membolehkan herba tersebut memberi kesan yang cepat dalam menjalani fungsinya.
Antara kelebihan-kelebihan dalam menjalani terapi mandi sauna berherba ini ialah:
1. Peluh dapat dikeluarkan dari badan secara berkesan.
2. Membantu memberikan tenaga kepada pasangan dalam menjalani hubungan kelamin.
3. Sangat digalakkan terutama kepada orang yang sudah lumpuh.
Terdapat juga sukatan-sukatan tertentu untuk setiap kelebihan ini tapi malangnya saya tidak dapat postkan di sini. Coz bos x kasi..
Read More
Mandi sauna kini menjadi terapi yang amat popular masa kini. Tetapi tidak ramai yang tahu apakah kelebihan sauna dan di sini saya akan mengupas lima kelebihan utama dalam menjalani terapi mandian sauna ini.
1.Adakah anda tahu bahawa mandi sauna membantu melegakan stres? Mungkin anda mengetahuinya tetapi adakah anda tahu bagaimana proses ini berlaku? Mandi sauna dapat mengurangkan stres dengan dua cara. Pertama, rawatan mandi sauna merupakan satu rawatan yang secara semulajadi dapat melegakan dan menenangkan minda. Kawasan yang tenang dan hangat secara tidak langsung mengurangkan segala tekanan yang ada terutama selepas penat bekerja. Kedua, secara saintifiknya, semakin kulit kita menerima tekanan haba, kadar pembebasan bahan kimia daripada badan akan turut meningkat. Terdapat bahan kimia yang tertentu di dalam badan kita dan ini akan menyebabkan stres. Dengan rawatan mandi sauna, bahan kimia tersebut dapat dikurangkan dan secara perlahan stres akan beransur- ansur kurang.
2.Selain daripada itu toksin dapat dikeluarkan semasa peluh. Dengan mandian sauna, ia akan merangsang perpeluhan dan ini akan menyebabkan banyak toksin yang berada di dalam badan dapat dikeluarkan.
3.Bagaimana pula mandi sauna dikatakan dapat mengurangkan berat badan? Sauna bertindak meningkatkan kadar denyutan jantung dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Keadaan ini sama seperti bersenam dan bersukan. Maka, duduk dan relaks di dalam sauna membantu meningkat kadar metabolisma badan seterusnya akan membantu membakar lemak yang tidak diperlukan oleh badan. Adakah anda obes? Sauna merupakan salah satu cara terbaik untuk anda.
4.Selain itu mandian sauna juga membantu anda yang mengalami masalah kulit di mana ia mampu menyembuhkan masalah kulit seperti jerawat, dan sebagainya. Seperti yang anda ketahui sauna mampu meningkatkan kadar denyutan jantung dan ini seterusnya akan meningkatkan kadar aliran darah ke kulit. Pada kadar biasa, hanya 10 peratus kadar yang mengalir ke kulit dan apabila suhu meningkat, kadar aliran akan meningkat kepada 30 hingga 40 peratus. Kadar aliran yang tinggi akan membantu membekalkan kulit oksigen yang mencukupi untuk kesihatan kulit.
5.Tidak semua yang mengetahui perkara ini tetapi apabila seseorang mengalami demam panas, badan akan mula menghasilkan sel darah putih dan antibodi untuk melawan jangkitan. Sama seperti mandi sauna, suhu badan seseorang yang menjalani rawatan sauna akan turut mengalami sedikit peningkatan di bahagian-bahagian tertentu. Ini juga akan sedikit sebanyak membantu meningkatkan tahap keimunan badan terhadap sesuatu penyakit.
Terdapat banyak lagi kelebihan mandian sauna yang tidak dapat saya terangkan dengan lebih detail di sini. Pada masa akan datang sauna mungkin akan menjadi sejenis rawatan alternatif yang popular yang terbukti dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Read More