• herba
  • September 29th, 2008

Dukung anak turunkan tekanan darah tinggi

Sebelum anda  terkejut dengan tajuk ini, biar saya bagitau awal-awal bahawa ia bukanlah apa yang anda fikirkan. Takkanla dukung dan dodoi anak dapat turunkan darah tinggi yer x? Dukung anak yang saya maksudkan merupakan sejenis TUMBUHAN liar yang boleh ditemui di kawasan terbiar, di tepi jalan atau parit.

Semua bahagian tumbuhan itu direbus dan airnya diminum pada setiap hari untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Kaedah yang sama juga berkesan untuk mengubati cirit-birit. Air perahan daripada pokok dukung anak juga boleh digunakan untuk mengubati luka dan kudis. Titiskan air perahan itu ke bahagian yang luka dan berkudis dengan kerap selama beberapa hari sehingga sembuh.

Pokok dukung anak juga dikenali sebagai amin buah atau keman jolok yang dikatakan mujarab untuk mengubati demam kuning yang kerap dialami bayi-bayi semasa baru lahir.

Pokok itu dimasak dengan sedikit susu kambing dan diberi minum kepada bayi. Kaedah yang sama juga dikatakan berkhasiat untuk merawat penyakit hepatitis. Amalkan pada setiap hari selama beberapa bulan dan lihatlah hasilnya.

PERINGATAN: Perubatan menggunakan pokok dukung ini tidak sesuai bagi mereka yang menghidap penyakit batu karang.

Cuba kita lihat, satu jenis tumbuhan mempunyai berbagai-bagai jenis khasiat yang sangat baik untuk kesihatan badan kita. Alangkah hebatnya kuasa tuhan yang menjadikan setiap ciptaannya berfaedah dan berguna untuk sesama makhluk. Subhanallah….

Semoga petua ini dapat diamalkan bersama :)

Read More


3 Comments

  1. Maryhayati

    June 2nd, 2009 at 6:58 pm

    Terima kasih. Saya tengah mencari cara menggungkan pokok dukung anak bagi menurunkan tekanan darah tinggi saya. Kata doktor memang ada tekanan yang sedikit tinggi, dan kalau masih tinggi, dua minggu akan datang kena go on treatment – makan ubat. Kalau dapat tak endaklah. So banyak juga orang cakap tentang pokok ni, tapi was-was nak cuba.

    Rasanya lepas ni kena try, bab pokok tu banyak kat rumah saya.

  2. Rafi

    September 3rd, 2009 at 11:19 pm

    salam, sekadar ingin berkongsi. Saderi merupakan satu lagi herba yang baik untuk control tekanan darah

  3. ayu

    November 19th, 2009 at 6:19 pm

    produk ape ye yg ada herba dukung anak ni??kena buat research la…



Leave a Reply




Bunga Tanjung Ubati Kudis Buta

Spanish cherry atau bunga tanjung sejenis tumbuhan yang berasal dari keluarga Sapotaceae. Pokok itu yang tumbuh sehingga paras 20 meter akan mengeluarkan bunga-bunga kecil yang berbau harum yang bertindak sebagai perangsang dari segi perubatan.
Kulit pokok bunga tanjung direbus untuk dibuat tonik yang pedar dan pahit rasanya. Ia digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati demam, kudis [...]

Read More
View the Blog »

Cantikkan kulit anda dengan limau purut

Salam sejahtera. Anda pernah lihat iklan yang menggunakan limau purut di tv? Jika pernah pasti anda tahu kebaikannya. Nama saintifik bagi limau ...

Pieces of poetry: Cancer

I wish i had the voice of Homer To sing of rectal carcinoma, Which kills a lot more chaps, in fact, Than were ...