Faktor-faktor yang menyebabkan tekanan darah tinggi
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!
Baik mari kita bincangkan mengenai faktor-faktor bagaimana darah tinggi boleh berlaku. Setelah anda mengetahuinya, sebaiknya anda mengambil langkah pencegahan awal supaya masalah ini tidak berlaku kepada anda. Walaubagaimana pun terdapat beberapa faktor yang sememangnya tidak dapat dielakkan.
Faktor-faktor yangmenyebabkan tekanan darah tinggi adalah seperti berikut:
Umur
Pada usia yang muda adalah jarang untuk anda menghidap penyakit darah tinggi. Tetapi apabila usia semakin lanjut, sel-sel badan sudah tidak secekap dulu. Dan begitu juga dengan jantung dan organ-organ lain yang berkaitan. Pada usia tersebut jantung terpaksa mengepam darah dengan lebih kuat supaya darah dapat mengalir keseluruh sel-sel badan. Sekiranya ukuran tekanan darah anda ialah 140/85, ia masih lagi dikatakan normal untuk anda. Terutama dengan pesakit yang berumur 35 dan ke atas. Kepada yang muda anda jangan sangka anda tidak akan menghidapinya kerana saya sendiri yang muda dan sihat ini pun pernah mengalaminya.
Keturunan
Keturunan juga menjadi salah satu faktor. Sekiranya bapa anda pernah mengalami penyakit darah tinggi. Ada kemungkinan juga anda mengalaminya. Apa yang paling penting adalah bagaimana anda mengawalnya ke tahap normal. Semuanya terpulang kepada anda.
Stres
Setiap orang mengalaminya, tidak ada seorang pun manusia normal yang tidak pernah mengalami stres. Disebabkan dengan pelbagai tekanan yang melampau, darah tinggi boleh berlaku kepada anda. Kawal stres anda. Terdapat banyak cara untuk menangani stres, mungkin selepas ini saya akan mengulas mengenainya dengan lebih lanjut. Salah satunya caranya adalah dengan cara meditasi. Lihat di sini, Bagaimana anda ingin menguruskan stres? Dengan meditasi, hati dan jiwa anda akan menjadi lebih tenang dan anda akan berfikir dengan lebih rasional tanpa melakukan apa-apa perkara di luar batasan. Sekiranya orang tersebut terlalu stres. Kita tidak boleh jangka apa yang dilakukannya.
Pemakanan
Kawal pemakanan anda. Kurangkan memakan makanan yang mengandugi kandungan garam yang tinggi. Kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah anda. Makan makanan yang seimbang. Pastikan segala nutrien yang diperlukan mencukupi untuk badan anda. DiĀ Tips sihat: Adakah anda bersarapan pagi? ,saya ada menerangkan mengenai makanan apa yang anda patut makan ketika bersarapan.
Kolesterol
Selalunya kolesterol sering dikaitkan dengan obesiti. Kolesterol yang tinggi akan menyebabkan kandungan LDL juga turut meningkat. Peningkatan LDL akan menyebabkan plak terkumpul dan menyekat aliran darah. Laluan saluran darag yang sempit akan menyebabkan tekanan darah semakin meningkat dan sekaligus turut menyebabkan masalah sakit jantung.