Info herba- Kelebihan kulit kayu manis

cinnamon bark Cinnamomum verum.

Kulit kayu manis digunakan sejak zaman dahulu lagi sebagai bahan perisa dalam masakan. Dihasilkan daripada kulit pokok Cinnamomum Zeylanicum, rempah itu merupakan sebahagian darpada rempah ratus yang digunakan untuk membuat kek, pai epal, biskut, kuih-muih, minuman dan juga lauk pauk.

Di kawasan hutan, pokok kulit kayu manis tumbuh tinggi sehingga 18 meter tetapi jika ditanam di ladang, pokok tersebut lebih menyerupai tumbuhan renek dengan ketinggian tidak melebihi 2 meter.

Ranting-ranting kayu dipotong dua tahun sekali. Kulit pada ranting-ranting yang baru dipotong itu dikeluarkan dalam dua jaluran panjang, kemudian lapisan luar pada kulit kayu itu dibuang manakala lapisan dalam dikeringkan.

Berasal daripada keluarga Laureceae, pokok kulit kayu manis banyak ditanam di negara-negara tropika di Asia Tenggara dan juga di kawasan-kawasan lain, tetapi spesies terbaik telah ditemui di Sri Lanka. Rempah itu berwarna coklat, beraroma dan mempunyai rasa yang manis.

Selain kegunaannya sebagai ramuan masakan, rempah itu juga mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Satu spesies, Cinnamon Cassia, ditanam di China dan turut juga digunakan dala masakan dan perubatan China.

Kandungan zat makanannya sama seperti Cinnaomum Zeylanicumk. Cuma rasanya agak pahit. Bau harum kulit kayu manis itu disebabkan oleh minyak pati daripada kulit pokok dan juga daunnya. Minyak pati itu berbeza dai segi warna, iaitu daripada warna kuning sehinggalah kepada warna merah ceri. Jenis warna kuning banyak digunakan dalam perusahaan sabun dan gula-gula.

Kayu manis bertindak untuk memanas dan mengering, lantaran itu ia baik diamalkan untuk merawat selesema, melancarkan peredaran darah, penghadaman makanan, membuang angin dan mengatasi masalah loya tekak.

Mengunyah kulit kayu manis merupakan rawatan paling mudah dan paling cepat untuk mengatasi masalah berhingus.

Ia direbus bersama-sama halia untuk dijadikan minuman yang menyegarkan bagi memanaskan kaki dan tangan yang sering mengalami kesejukan. Air minuman ini juga boleh digunakan untuk berkumur bagi mengatasi masalah gusi dan mulut berbau. Campuran susu panas dengan serbuk kulit kayu manis adalah mujarab untuk melegakan selesema, cirit-birit dan juga masalah kembung dikalangan kanak-kanak.

Anda mungkin juga ingin membaca post ini

Tags: ,

Leave a Reply