Info Herba- Khasiat buah tomato

Tomato Torrent

Tomato berasal daripada keluarga terung dan ubi kentang. Ia sesuai dimakan mentah. Kebanyakan sayuran contohnya buah tomato kaya dengan vitamin A, B, C dan serat galian. Zat ini diperlukan sebagai bahan awet muda. Tomato juga kaya dengan asid semula jadi dan merupakan makanan yang paling sesuai untuk menjamin kesihatan perut dan usus. Perahan tomato dicampur dengan sedikit gula untuk dijadikan minuman berkhasiat.

Isi dan perahan tomato mudah hadam serta bertindak sebagai julap dan membersihkan darah. Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan, tomato amat berkesan untuk mengurangkannya. Tomato juga baik untuk mengubati penyakit kencing manis. Di samping itu juga, tomato dapat meningkatkan kecergasan minda dan daya ingatan.

Read More


1 Comment

  1. penawaralami

    September 2nd, 2008 at 12:53 am

    macamana boleh keluarga sama – terung buah tetapi kentang tuber ?

    semua tanaman kaya dengan mineral jika tanah di mana ia ditanam mengandungi mineral berkenaan. Jika ditanam secara komersial yang ada hanya 4 mineral sahaja iaitu yang terkandung dalam baja yang diberikan.



Leave a Reply




Bunga Tanjung Ubati Kudis Buta

Spanish cherry atau bunga tanjung sejenis tumbuhan yang berasal dari keluarga Sapotaceae. Pokok itu yang tumbuh sehingga paras 20 meter akan mengeluarkan bunga-bunga kecil yang berbau harum yang bertindak sebagai perangsang dari segi perubatan.
Kulit pokok bunga tanjung direbus untuk dibuat tonik yang pedar dan pahit rasanya. Ia digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati demam, kudis [...]

Read More
View the Blog »

Cantikkan kulit anda dengan limau purut

Salam sejahtera. Anda pernah lihat iklan yang menggunakan limau purut di tv? Jika pernah pasti anda tahu kebaikannya. Nama saintifik bagi limau ...

Pieces of poetry: Cancer

I wish i had the voice of Homer To sing of rectal carcinoma, Which kills a lot more chaps, in fact, Than were ...