Di Malaysia, serai bagaikan kemestian untuk menjadi sebahagian daripada ramuan utama dalam kebanyakan masakan terutamanya dalam sajian lauk berkuah. Serai adalah salah satu daripada jenis rempah. Ia berbentuk batang yang memberi rasa harum dan segar dalam masakan.
Yang menimbulkan aroma harum itu ialah batangnya yang berwarna putih. Batang serai yang berukuran lebih kurang 10 cm panjang seringkali digunakan. Selepas dibersihkan batang serai ditiriskan kemudiannya ditumbuk atau diketuk sebelum dimasukkan ke dalam masakan.
Batang serai sesuai dimasukkan dengan lada, santan, lengkuas dan bawang putih. Ia juga boleh diracik-racik untuk menjadi sebahagian rencah kerabu atau perisa hiasan bagi mendapatkan aromanya. Haruman daripada batang serai tentunya menimbulkan tarikan dan juga selera makan.
Serai juga dipanggil Serai Makan atau nama saitifiknya Cybopogon Citratus dari keluarga Graminieae dan juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Salah satu daripadanya ialah dapat mengubati demam kuning.
Untuk merawat demam kuning, secekak pokok serai direbus dalam bekas yang mengandungi sebaldi air. Keseluruhan pokok termasuk akar dan daunnya direbus sehingga air rebusan itu mendidih.
Selepas beransur suam, ia kemudian dijadikan air mandian dan sebaik-baiknya tidak dibilas dengan air biasa. Amalkannya tiga kali sehari iaitu setiap kali waktu mandi sehingga demam kuing itu benar-benar sembuh.
Serai juga boleh membantu mengurangkan kolesterol iaitu asid lemak yang terdapat di dalam badan menerusi pemakanan. Bagi mengurangkan kolesterol, tiga atau empat batang serai yang telah dibuang akar dan daunnya diracik-racik terlebih dahulu sebelum direbus.
Ambil segelas air rebusan itu kemudian diminum perlahan-lahan atau sedikit demi sedikit dua kali sehari iaitu setiap pagi dan juga malam. Dalam beberapa minggu sahaja paras kolesterol anda akan menurun.
Anda mungkin juga ingin membaca post ini
Tags: herba, mandian wap herba, produk herba
