Kelebihan mandi sauna berherba.
Pada post yang lepas saya telah menerangkan kepada anda kelebihan dalam mandian sauna. Pada post kali ini saya ingin mengupas dengan lebih mendalam tentang khasiat mandi sauna. Cuma kali ini penerangan berkisar tentang mandi sauna berherba.
Apa yang menariknya di sini setiap khasiatnya mempunyai sukatan herba yang berbeza. Terdapat sedikit perbezaan dalam menjalani terapi sauna biasa dan sauna yang mengandungi herba. Sauna yang mengandungi herba mempunyai kelebihan tersendiri dalam membantu meningkatkan kesihatan badan.
Dalam menjalani mandi sauna berherba ini, herba-herba tersebut akan diserap melalui saluran pernafasan. Terapi ini berbeza dengan produk-produk lain yang berasaskan herba yang digunakan melalui pemakanan. Herba yang disedut melalui saluran pernafasan akan diserap secara langsung ke dalam peredaran darah dan ini membolehkan herba tersebut memberi kesan yang cepat dalam menjalani fungsinya.
Antara kelebihan-kelebihan dalam menjalani terapi mandiĀ sauna berherba ini ialah:
1. Peluh dapat dikeluarkan dari badan secara berkesan.
2. Membantu memberikan tenaga kepada pasangan dalam menjalani hubungan kelamin.
3. Sangat digalakkan terutama kepada orang yang sudah lumpuh.
Terdapat juga sukatan-sukatan tertentu untuk setiap kelebihan ini tapi malangnya saya tidak dapat postkan di sini. Coz bos x kasi..



YG TGH PENING
June 3rd, 2008 at 6:02 am
mrujuk prnyataan di atas,sauna akan mnambahkn lg ksuburan lelaki.
Namun, trdpt pndpt yg mngatakan bahgian kmaluan lelaki yg trdedah kepada haba akan meningkatkn risiko ‘infertility’..apa pndapat tuan???
Farhan
June 3rd, 2008 at 10:22 am
saya setuju dengan ‘yg tgh pening’ cakap. Testis lelaki apabila terdedah dengan suhu melebihi 2 darjah celcius melebihi suhu badan tidak dapat menghasilkan sperma yang baik. kesannya sperma tidak mampu menjalankan fungsi dengan berkesan. ini dapat menyebabkan kurang subur pada lelaki. Walaupun dapat kembali normal tapi memerlukan selama hampir 60 hari untuk menghasilkan sperma baru yang sihat. Jadi, boleh terangkan dengan lebih lanjut?
madno
June 3rd, 2008 at 11:46 am
betul seperti yang dikatakan saudara farhan dan ‘yang tengah pening’ bahawa testis amat sensitif dengan suhu persekitaran. walaubagaimanapun suhu di dalam bilik sauna tidak terlalu tinggi sehingga memberikan kesan yang tidak baik untuk badan dan satu lagi hanya bahagian badan tertentu sahaja seperti anggota tangan atau kaki yang suhunya mudah meningkat seiring dengan peningkatan suhu persekitaran. Bahagian tengah anggota badan tetap mengekalkan suhu tersebut walaupun suhu persekitaran meningkat.
bertindak
March 5th, 2010 at 4:14 am
Soalan saya adakah bersauna setiap hari baik untuk kita?.Adakah ia akan memberi kesan negatif terhadap kia yang bersauna setiap hari.