Dukung anak turunkan tekanan darah tinggi

September 29th, 2008

Sebelum anda  terkejut dengan tajuk ini, biar saya bagitau awal-awal bahawa ia bukanlah apa yang anda fikirkan. Takkanla dukung dan dodoi anak dapat turunkan darah tinggi yer x? Dukung anak yang saya maksudkan merupakan sejenis TUMBUHAN liar yang boleh ditemui di kawasan terbiar, di tepi jalan atau parit.

Semua bahagian tumbuhan itu direbus dan airnya diminum pada setiap hari untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Kaedah yang sama juga berkesan untuk mengubati cirit-birit. Air perahan daripada pokok dukung anak juga boleh digunakan untuk mengubati luka dan kudis. Titiskan air perahan itu ke bahagian yang luka dan berkudis dengan kerap selama beberapa hari sehingga sembuh.

Pokok dukung anak juga dikenali sebagai amin buah atau keman jolok yang dikatakan mujarab untuk mengubati demam kuning yang kerap dialami bayi-bayi semasa baru lahir.

Pokok itu dimasak dengan sedikit susu kambing dan diberi minum kepada bayi. Kaedah yang sama juga dikatakan berkhasiat untuk merawat penyakit hepatitis. Amalkan pada setiap hari selama beberapa bulan dan lihatlah hasilnya.

PERINGATAN: Perubatan menggunakan pokok dukung ini tidak sesuai bagi mereka yang menghidap penyakit batu karang.

Cuba kita lihat, satu jenis tumbuhan mempunyai berbagai-bagai jenis khasiat yang sangat baik untuk kesihatan badan kita. Alangkah hebatnya kuasa tuhan yang menjadikan setiap ciptaannya berfaedah dan berguna untuk sesama makhluk. Subhanallah….

Semoga petua ini dapat diamalkan bersama :)

Anda mungkin juga ingin membaca post ini

Petai Belalang penawar kencing manis

September 22nd, 2008
Lead tree, Leucaena leucocephala, is checked u...

Petai belalang adalah sejenis tumbuhan tempatan yang lazat dimakan mentah atau dibuat ulam atau dimasak sambal. Dalam perubatan tradisional, tumbuhan ini dikenali kerana khasiatnya dapat mengubati kencing manis. Akarnya direbus bersama tiga cawan air dan kemudian dibiarkan air tersebut kering sehingga tinggal satu cawan air.

Selawat tiga kali  dan minum sekali dalam sehari. Dari segi saintifik ia dikenali sebagai Leucaena Leucocephala. Petai belalang ini juga berkesan untuk merawat batuk dan demam campak.

Daun petai belalang muda ditumbuk dengan beras kemudian ditampal pada kerongkong untuk meredakan batuk. Boleh juga disapu pada seluruh badan untuk mengubati kudis demam campak. Daun petai belalang juga berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur dan juga kulit bersisik.

Daunnya dibakar manakala abunya dicampur dengan minyak kelapa sebelum digosok ke kulit kepala. Balut dengan plastik pembalut rambut dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air bersih. Juga digosok-gosok kebahagian yang bersisik.

Untuk mengatasi masalah kayap, rebuskan pucuk daun petai belalang dengan tawas. Air rebusan itu digunakan untuk mandian dan membersihkan  badan.

Selamat mencuba :)

Anda mungkin juga ingin membaca post ini

Senduduk putih ubati berak berdarah

September 17th, 2008

Tumbuhan renek berbunga putih ini mempunyai khasiat yang tinggi dalam mengubati cirit-birit dan berak berdarah. Macam mana nak guna senduduk putih nih? Dauunya yang tua ditumbuk dengan kunyit hidup kemudian dicampurkan dengan air kemudian diminum. Kaedah yang sama juga dapat diaplikasikan kalo ader mana-mana perempuan atau wanita yang mengalami pengaliran darah haid yang tak kering-kering.

Untuk mengubati keputihan, rebuskan dua ranting daun senduduk putih dengan dicampurkan sedikit gula, halia dan daun bonglai. Bila mendidih, biarkan ia sejuk (sunnah nabi) kemudian minumla pada setiap pagi mahupun malam.

Kalau ader mana-mana yang sakit gigi pula, akar senduduk putih direbus dan airnya digunakan untuk berkumur. Air rebusan tu juga boleh digunakan sebagai mandian dengan tujuan melembutkan kaki dan membuang angin dalam tubuh badan.

Selamat mencuba :)

Anda mungkin juga ingin membaca post ini

Cegah penyakit darah tinggi anda!

July 30th, 2008

Darah tinggi merupakan penyakit yang sangat ‘common’ di negara kita. Sekiranya anda sudah sangat maklum dengan penyakit ini, apa lagi yag patut kita buat? Cegah penyakit tersebut sebelum ia menghancurkan hidup anda. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

1.Bersenam
Setiap pagi atau petang anda harus bersenam supaya peluh dapat dikeluarkan. Kalau susah sangat nak berjoging, do something yang dapat mengeluarkan peluh seperti berkebun, menari dan sebagainya.

2.Jangan merokok
Saya sangat-sangat tidak menggalakkan anda merokok. Tidak ada benda yang baik pun dalam merokok nih. Kalau setakat ingin melepaskan tekanan dan nak tunjuk macho, baik tak payah sebab banyak lagi cara lain yang jauh lebih sihat daripada merokok. Bukan sahaja darah tinggi malah ada seribu macam jenis penyakit sekiranya anda merokok.

3.Pemakanan
Kawal pemakanan anda. Jangan main ikut sedap mulut je nak makan semua. Jika sarapan, makan roti atau oat. Dan pastikan anda makan makanan yang mengandungi kurang garam. Ada yang tanya macam mana nak tau  ada garam atau tidak dalam makanan tu? Sekiranya anda sendiri yang masak, sudah tentu anda sendiri yang tahu. Dan itulah salah satu sebabnya. Makan di rumah dan kurangkan makan di luar. Kalau nak makan di luar, pastikan anda maklumkan pelayan tersebut supaya jangan letak garam dalam menu tersebut.

4.Gaya hidup
Ubah gaya hidup anda. Pastikan gaya hidup anda kali ini menjadi lebih teratur. Aturkan tugasan-tugasan yang perlu dilakukan. Pastikan anda tahu prioriti dalam tugasan anda. Saya cakap begini kerana selalunya anda selalu mengalami tekanan adalah kerana kesilapan anda sendiri. Mungkin ada faktor lain, tapi pastikan masalah simple sebegini dapat diselesaikan dahulu. Kawal tekanan anda bila anda tension. Banyak cara untuk mengawal stres. Cuma anda sendiri perlu bijak apakah cara terbaik dalam menguruskan stres.

5.Anda gemuk?
Risiko untuk anda menghidap penyakit darah tinggi amatlah tinggi berbanding yang kurus. Kurangkan berat badan anda dengan bersenam dan makan makanan yang seimbang.

Apa yang penting, kesedaran tentang kesihatan anda sendiri perlu dititik beratkan. Bukan orang lain. Semoga tips-tips pencegahan ini menjadi panduan kepada anda dalam menjalani gaya hidup yang penuh dengan cabaran ini.

Good Luck!

Anda mungkin juga ingin membaca post ini

Info herba- Kemunting Cina penawar kencing manis

July 28th, 2008
Catharanthus roseus cultivated in Brazil as a ...

Kemunting Cina adalah sejenis tumbuhan tempatan yang baik untuk mengubati penyakit kencing manis (diabetis mellitus). Kajian-kajian saintifik menunjukkan bahawa bahagian akar, batang dan daun kemunting cina mengandungi sejenis bahan insulin dan alkoloid akuaniidine yang mujarab untuk mengawal kencing manis. Tumbuhan berbunga putih atau merah jambu itu, atau nama saintifiknya catharanthus roseus. Ia berasal dari keluarga apocynaceaetine dan vincrustine.

Kedua-dua bahan itu bersifat anti-barah dan digunakan untuk mengubati ketumbuhan dan penyakit Hodgkin, iaitu sejenis penyakit leukimea di kalangan kanak-kanak.

Daun Kemunting Cina juga digunakan dalam kaedah tradisional untuk meredakan beberapa penyakit. Ia direndam di dalam air dan air tersebut kemudiannya diminum untuk meredakan senggugut.

Daunnya juga mujarab untuk menghilangkan bisa akibat sengatan serangga. Ia ditumbuk halus kemudian ditampal di mana-mana bahagian yang disengat.

Bagaimanapun, Kemunting Cina tidak sesuai diamalkan dengan kerap kerana tumbuhan itu didapati mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mendatangkan kesan sampingan.

Selamat mencuba :)

Anda mungkin juga ingin membaca post ini