Pengenalan kepada penyakit darah tinggi
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!
Darah tinggi.
Apakah yang anda tahu mengenai darah tinggi? Saya rasa rata- rata daripada anda sudah sedia maklum mengenai penyakit yang menjadi lumrah di negara kita. Tanyalah kepada pakcik-pakcik anda, saudara-saudara dan kenalan rapat. Pasti dalam ramai-ramai akan ada yang mengalami tekanan darah tinggi ataupun pernah mengalaminya.
Dan tidak mustahil remaja belasan tahun juga mungkin mengalami darah tinggi. Dan contoh yang terbaik yang boleh saya berikan adalah diri saya sendiri. Saya pernah mengalami darah tinggi sejak tingkatan lima lagi. Ditambah dengan keturunan dan masalah stres dalam pelajaran, saya tidak terkecuali mengalaminya. Alhamdulillah kini saya tidak lagi mengalaminya.
Dan pada post kali ini saya akan memberikan pengenalan mrngenai tekanan darah tinggi. Sebelum itu kita juga kena tahu macam mana untuk menentukan sama ada anda atau saya mengalami tekanan darah tinggi atau tidak?
Pada jantung manusia, terdapat dua tekanan yang boleh diukur iaitu tekanan sistolik dan juga tekanan diastolik. Kalau anda pergi klinik untuk check tekanan darah anda. Doktor ataupun nurse akan ukur tekanan darah anda berpandukan nilai normal 80/120. 80 ialah tekanan sistolik manakala 120 adalah tekanan diastolik. Nilai tersebut adalah untuk manusia yang normal dan tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi semasa ukuran dijalankan.
Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda tidak mengalami masalah darah tinggi langsung. Mungkin dikala anda tertekan atau bersenam tekanan darah anda melonjak naik daripada normal hingga 140/90. Who knows rite? Nilai yang saya nyatakan tadi ialah nilai prehypertension ataupun dalam bahasa mudahnya fasa awal dalam tekanan darah tinggi.
Sekiranya umur anda sudah melebihi 35 tahun. Nilai tersebut adalah normal untuk anda. Tetapi sekiranya anda remaja dan baru berumur 20-an, saya nasihatkan anda untuk terus berjumpa dengan doktor untuk check masalah anda. Apapun anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak rawatan dan cara alternatif yang dapat membantu anda menyelesaikan masalah darah tinggi ini.
Apa yang penting, anda perlu ikhtiar dengan bersungguh- sungguh untuk mengembalikan badan yang sihat dan normal seperti orang lain. Pada post akan datang, kita akan sama- sama membincangkan lebih detail mengenai tekanan darah tinggi ini. Dan saya mengharapkan ilmu yang tidak seberapa ini dapat memberikan manfaat kepada anda. Semoga berjaya ![]()