Petai Belalang penawar kencing manis

Lead tree, Leucaena leucocephala, is checked u...

Petai belalang adalah sejenis tumbuhan tempatan yang lazat dimakan mentah atau dibuat ulam atau dimasak sambal. Dalam perubatan tradisional, tumbuhan ini dikenali kerana khasiatnya dapat mengubati kencing manis. Akarnya direbus bersama tiga cawan air dan kemudian dibiarkan air tersebut kering sehingga tinggal satu cawan air.

Selawat tiga kali  dan minum sekali dalam sehari. Dari segi saintifik ia dikenali sebagai Leucaena Leucocephala. Petai belalang ini juga berkesan untuk merawat batuk dan demam campak.

Daun petai belalang muda ditumbuk dengan beras kemudian ditampal pada kerongkong untuk meredakan batuk. Boleh juga disapu pada seluruh badan untuk mengubati kudis demam campak. Daun petai belalang juga berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur dan juga kulit bersisik.

Daunnya dibakar manakala abunya dicampur dengan minyak kelapa sebelum digosok ke kulit kepala. Balut dengan plastik pembalut rambut dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air bersih. Juga digosok-gosok kebahagian yang bersisik.

Untuk mengatasi masalah kayap, rebuskan pucuk daun petai belalang dengan tawas. Air rebusan itu digunakan untuk mandian dan membersihkan  badan.

Selamat mencuba :)

Read More


3 Comments

  1. order-mascotek

    August 19th, 2009 at 1:02 pm

    Good info boleh try cuba…

  2. Rafi

    September 3rd, 2009 at 11:19 pm

    Try peria katak

  3. cik tipah

    January 22nd, 2010 at 5:22 pm

    peria katak jugak bagus utk kencing manis. sekarang ni peria katak boleh didapati dalam bentuk TEH

    TEH PERIA merupakan satu alternatif kepada individu yang tak suka makan ulam dan tak lalu makan ulam. khasiat peria katak sekarang boleh diperolehi dari secawan TEH. hanya RM 0.60 sehari

    utk maklumat lanjut sila klik nama saya.



Leave a Reply




Bunga Tanjung Ubati Kudis Buta

Spanish cherry atau bunga tanjung sejenis tumbuhan yang berasal dari keluarga Sapotaceae. Pokok itu yang tumbuh sehingga paras 20 meter akan mengeluarkan bunga-bunga kecil yang berbau harum yang bertindak sebagai perangsang dari segi perubatan.
Kulit pokok bunga tanjung direbus untuk dibuat tonik yang pedar dan pahit rasanya. Ia digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati demam, kudis [...]

Read More
View the Blog »

Cantikkan kulit anda dengan limau purut

Salam sejahtera. Anda pernah lihat iklan yang menggunakan limau purut di tv? Jika pernah pasti anda tahu kebaikannya. Nama saintifik bagi limau ...

Pieces of poetry: Cancer

I wish i had the voice of Homer To sing of rectal carcinoma, Which kills a lot more chaps, in fact, Than were ...