Posts Tagged ‘herba’

  • herba
  • January 4th, 2009

Cantikkan kulit anda dengan limau purut

Salam sejahtera.

Anda pernah lihat iklan yang menggunakan limau purut di tv? Jika pernah pasti anda tahu kebaikannya.

Nama saintifik bagi limau purut ialah citrushystrix. Limau ni lebih kurang macam limau yang lain tapi buahnya lebih menggerutu dengan rasa masam dan sedikit pahit.

Bagi suri rumah, daun limau purut menjadi pilihan sebagai ramuan atau perisa makanan untuk memasak lauk tomyam, asam pedas dan laksa.

Buahnya selalu dijadikan bahan penting dalam upacarq mandi bunga dan mandi wap yang menjanjikan kesegarannya.

Sekarang ada pula teknologi baru untuk menghasilkan minyak wangi dan haruman aroma daripada pati limau purut. Selain tu, limau purut juga afa kegunaan lain untuk penjagaan kesihatan dan rawatan sakit kulit.

Limau purut juga boleh dijadikan syampu sebagai pati tambahan.

Untuk mendapatkan kesegaran selepas penat suntuk bekerja, dua genggam daun limau purut direbus terlebih dahulu. Rebusan itu kemudiannya dijadikan air mandian yang dapat memberi kepuasan dan menjadikan badan anda kembali segar san bertenaga.

Untuk membersihkan kulit kepala yang berkerak dan berkelemumur, buah limau tersebut dipotong atau dibelah dua sebelum disental pada kulit kepala yang mungkin menyebabkannya terasa pedih.

Selepas disental, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Kaedah yang sama juga digunakan untuk mengatasi masalah kulit kering yang bersisik.

Sentalkan buah limau purut yang telah dibelah dua pada bahagian kulit yang bersisik dan biarkan ia seketika sebelum dibilas.

Read More

Info Herba- Khasiat buah tomato

Tomato Torrent

Tomato berasal daripada keluarga terung dan ubi kentang. Ia sesuai dimakan mentah. Kebanyakan sayuran contohnya buah tomato kaya dengan vitamin A, B, C dan serat galian. Zat ini diperlukan sebagai bahan awet muda. Tomato juga kaya dengan asid semula jadi dan merupakan makanan yang paling sesuai untuk menjamin kesihatan perut dan usus. Perahan tomato dicampur dengan sedikit gula untuk dijadikan minuman berkhasiat.

Isi dan perahan tomato mudah hadam serta bertindak sebagai julap dan membersihkan darah. Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan, tomato amat berkesan untuk mengurangkannya. Tomato juga baik untuk mengubati penyakit kencing manis. Di samping itu juga, tomato dapat meningkatkan kecergasan minda dan daya ingatan.

Read More

Info herba- Kelebihan kulit kayu manis

cinnamon bark Cinnamomum verum.

Kulit kayu manis digunakan sejak zaman dahulu lagi sebagai bahan perisa dalam masakan. Dihasilkan daripada kulit pokok Cinnamomum Zeylanicum, rempah itu merupakan sebahagian darpada rempah ratus yang digunakan untuk membuat kek, pai epal, biskut, kuih-muih, minuman dan juga lauk pauk.

Di kawasan hutan, pokok kulit kayu manis tumbuh tinggi sehingga 18 meter tetapi jika ditanam di ladang, pokok tersebut lebih menyerupai tumbuhan renek dengan ketinggian tidak melebihi 2 meter.

Ranting-ranting kayu dipotong dua tahun sekali. Kulit pada ranting-ranting yang baru dipotong itu dikeluarkan dalam dua jaluran panjang, kemudian lapisan luar pada kulit kayu itu dibuang manakala lapisan dalam dikeringkan.

Berasal daripada keluarga Laureceae, pokok kulit kayu manis banyak ditanam di negara-negara tropika di Asia Tenggara dan juga di kawasan-kawasan lain, tetapi spesies terbaik telah ditemui di Sri Lanka. Rempah itu berwarna coklat, beraroma dan mempunyai rasa yang manis.

Selain kegunaannya sebagai ramuan masakan, rempah itu juga mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Satu spesies, Cinnamon Cassia, ditanam di China dan turut juga digunakan dala masakan dan perubatan China.

Kandungan zat makanannya sama seperti Cinnaomum Zeylanicumk. Cuma rasanya agak pahit. Bau harum kulit kayu manis itu disebabkan oleh minyak pati daripada kulit pokok dan juga daunnya. Minyak pati itu berbeza dai segi warna, iaitu daripada warna kuning sehinggalah kepada warna merah ceri. Jenis warna kuning banyak digunakan dalam perusahaan sabun dan gula-gula.

Kayu manis bertindak untuk memanas dan mengering, lantaran itu ia baik diamalkan untuk merawat selesema, melancarkan peredaran darah, penghadaman makanan, membuang angin dan mengatasi masalah loya tekak.

Mengunyah kulit kayu manis merupakan rawatan paling mudah dan paling cepat untuk mengatasi masalah berhingus.

Ia direbus bersama-sama halia untuk dijadikan minuman yang menyegarkan bagi memanaskan kaki dan tangan yang sering mengalami kesejukan. Air minuman ini juga boleh digunakan untuk berkumur bagi mengatasi masalah gusi dan mulut berbau. Campuran susu panas dengan serbuk kulit kayu manis adalah mujarab untuk melegakan selesema, cirit-birit dan juga masalah kembung dikalangan kanak-kanak.

Read More

Info herba- Geti melegakan batuk dan demam

Sesbania grandiflora plant.

Pokok Geti atau nama saintifiknya Sesbania Grandiflora tidak begitu asing bagi masyarakat kita di negara ini. Walaupun pada asalnya ia adala tumbuhan meliar di hutan, namun disebabkan kecantikan bunganya ini membuatkan ia banyak ditanam sebagai hiasan.

Bunganya berwarna merah atau putih bergantung kepada spesis dan berbentuk seperti paruh burung. Ia juga mempunyai buah yang berbentu seperti kacang panjang yang mana ia meletup apabila sudah masak.

Pokok yang berasal dari Asia Tenggara ini berbatang lurus dan mempunyai dahan yang banyak serta boleh mencapai tahap ketinggian dari 3 hingga 5 meter.

Dalam perubatan alternatif yang berasaskan herba, pucuk atau daun muda pokok geti ini lebih banyak digunakan kerana dikenalpasti kerana mempunyai khasiat yang bagus untuk kesihatan tubuh badan.

Kandungan zat-zat tertentu yang penting untuk pertumbuhan tulang dan tumbesaran dalam daun ini mempunyai banyak khasiat dan kegunaannya pada manusia.

Masyarakat Melayu pula, selama ini menjadikan dan dan bunga geti sebagai sayur atau ramuan di dalam masakan gulai. Ramai yang tahu tentang perkara khasiat dan kelebihan daun geti untuk penjagaan kesihatan sehingga menjadikannya sebagai ramuan di dalam masakan tetapi ia kini makin dilupakan dalam sajian harian.

Walaupun daun geti kini jarang sekali dijadikan bahan masakan kerana baunya yang tengik, namun bahagian lainnya masih banyak digunakan di dalam perubatan tradisional.

Rebusan akar pokok geti selalunya diminum untuk mengurangkan batuk dan membuang kahak. Manakala batang pokok geti juga mempunyai khasiat yang tersendiri iaitu dengan meminum air rebusannya. Air rebusan pokok geti boleh melegakan demam dan pening kepala.

Semoga info yang diberikan dapat membantu anda dalam memahami khasiat pokok geti ini. Selamat mencuba :)

Read More

Rawatan alternatif, mandi sauna. Apa kelebihannya?

Sauna in Pan?evo, Serbia

Image via Wikipedia

Mandi sauna kini menjadi terapi yang amat popular masa kini. Tetapi tidak ramai yang tahu apakah kelebihan sauna dan di sini saya akan mengupas lima kelebihan utama dalam menjalani terapi mandian sauna ini.

1.Adakah anda tahu bahawa mandi sauna membantu melegakan stres? Mungkin anda mengetahuinya tetapi adakah anda tahu bagaimana proses ini berlaku? Mandi sauna dapat mengurangkan stres dengan dua cara. Pertama, rawatan mandi sauna merupakan satu rawatan yang secara semulajadi dapat melegakan dan menenangkan minda. Kawasan yang tenang dan hangat secara tidak langsung mengurangkan segala tekanan yang ada terutama selepas penat bekerja. Kedua, secara saintifiknya, semakin kulit kita menerima tekanan haba, kadar pembebasan bahan kimia daripada badan akan turut meningkat. Terdapat bahan kimia yang tertentu di dalam badan kita dan ini akan menyebabkan stres. Dengan rawatan mandi sauna, bahan kimia tersebut dapat dikurangkan dan secara perlahan stres akan beransur- ansur kurang.

2.Selain daripada itu toksin dapat dikeluarkan semasa peluh. Dengan mandian sauna, ia akan merangsang perpeluhan dan ini akan menyebabkan banyak toksin yang berada di dalam badan dapat dikeluarkan.

3.Bagaimana pula mandi sauna dikatakan dapat mengurangkan berat badan? Sauna bertindak meningkatkan kadar denyutan jantung dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Keadaan ini sama seperti bersenam dan bersukan. Maka, duduk dan relaks di dalam sauna membantu meningkat kadar metabolisma badan seterusnya akan membantu membakar lemak yang tidak diperlukan oleh badan. Adakah anda obes? Sauna merupakan salah satu cara terbaik untuk anda.

4.Selain itu mandian sauna juga membantu anda yang mengalami masalah kulit di mana ia mampu menyembuhkan masalah kulit seperti jerawat, dan sebagainya. Seperti yang anda ketahui sauna mampu meningkatkan kadar denyutan jantung dan ini seterusnya akan meningkatkan kadar aliran darah ke kulit. Pada kadar biasa, hanya 10 peratus kadar yang mengalir ke kulit dan apabila suhu meningkat, kadar aliran akan meningkat kepada 30 hingga 40 peratus. Kadar aliran yang tinggi akan membantu membekalkan kulit oksigen yang mencukupi untuk kesihatan kulit.

5.Tidak semua yang mengetahui perkara ini tetapi apabila seseorang mengalami demam panas, badan akan mula menghasilkan sel darah putih dan antibodi untuk melawan jangkitan. Sama seperti mandi sauna, suhu badan seseorang yang menjalani rawatan sauna akan turut mengalami sedikit peningkatan di bahagian-bahagian tertentu. Ini juga akan sedikit sebanyak membantu meningkatkan tahap keimunan badan terhadap sesuatu penyakit.

Terdapat banyak lagi kelebihan mandian sauna yang tidak dapat saya terangkan dengan lebih detail di sini. Pada masa akan datang sauna mungkin akan menjadi sejenis rawatan alternatif yang popular yang terbukti dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Zemanta Pixie

Read More