Mandi sauna kini menjadi terapi yang amat popular masa kini. Tetapi tidak ramai yang tahu apakah kelebihan sauna dan di sini saya akan mengupas lima kelebihan utama dalam menjalani terapi mandian sauna ini.
1.Adakah anda tahu bahawa mandi sauna membantu melegakan stres? Mungkin anda mengetahuinya tetapi adakah anda tahu bagaimana proses ini berlaku? Mandi sauna dapat mengurangkan stres dengan dua cara. Pertama, rawatan mandi sauna merupakan satu rawatan yang secara semulajadi dapat melegakan dan menenangkan minda. Kawasan yang tenang dan hangat secara tidak langsung mengurangkan segala tekanan yang ada terutama selepas penat bekerja. Kedua, secara saintifiknya, semakin kulit kita menerima tekanan haba, kadar pembebasan bahan kimia daripada badan akan turut meningkat. Terdapat bahan kimia yang tertentu di dalam badan kita dan ini akan menyebabkan stres. Dengan rawatan mandi sauna, bahan kimia tersebut dapat dikurangkan dan secara perlahan stres akan beransur- ansur kurang.
2.Selain daripada itu toksin dapat dikeluarkan semasa peluh. Dengan mandian sauna, ia akan merangsang perpeluhan dan ini akan menyebabkan banyak toksin yang berada di dalam badan dapat dikeluarkan.
3.Bagaimana pula mandi sauna dikatakan dapat mengurangkan berat badan? Sauna bertindak meningkatkan kadar denyutan jantung dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Keadaan ini sama seperti bersenam dan bersukan. Maka, duduk dan relaks di dalam sauna membantu meningkat kadar metabolisma badan seterusnya akan membantu membakar lemak yang tidak diperlukan oleh badan. Adakah anda obes? Sauna merupakan salah satu cara terbaik untuk anda.
4.Selain itu mandian sauna juga membantu anda yang mengalami masalah kulit di mana ia mampu menyembuhkan masalah kulit seperti jerawat, dan sebagainya. Seperti yang anda ketahui sauna mampu meningkatkan kadar denyutan jantung dan ini seterusnya akan meningkatkan kadar aliran darah ke kulit. Pada kadar biasa, hanya 10 peratus kadar yang mengalir ke kulit dan apabila suhu meningkat, kadar aliran akan meningkat kepada 30 hingga 40 peratus. Kadar aliran yang tinggi akan membantu membekalkan kulit oksigen yang mencukupi untuk kesihatan kulit.
5.Tidak semua yang mengetahui perkara ini tetapi apabila seseorang mengalami demam panas, badan akan mula menghasilkan sel darah putih dan antibodi untuk melawan jangkitan. Sama seperti mandi sauna, suhu badan seseorang yang menjalani rawatan sauna akan turut mengalami sedikit peningkatan di bahagian-bahagian tertentu. Ini juga akan sedikit sebanyak membantu meningkatkan tahap keimunan badan terhadap sesuatu penyakit.
Terdapat banyak lagi kelebihan mandian sauna yang tidak dapat saya terangkan dengan lebih detail di sini. Pada masa akan datang sauna mungkin akan menjadi sejenis rawatan alternatif yang popular yang terbukti dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Read More

Di Malaysia, serai bagaikan kemestian untuk menjadi sebahagian daripada ramuan utama dalam kebanyakan masakan terutamanya dalam sajian lauk berkuah. Serai adalah salah satu daripada jenis rempah. Ia berbentuk batang yang memberi rasa harum dan segar dalam masakan.
Yang menimbulkan aroma harum itu ialah batangnya yang berwarna putih. Batang serai yang berukuran lebih kurang 10 cm panjang seringkali digunakan. Selepas dibersihkan batang serai ditiriskan kemudiannya ditumbuk atau diketuk sebelum dimasukkan ke dalam masakan.
Batang serai sesuai dimasukkan dengan lada, santan, lengkuas dan bawang putih. Ia juga boleh diracik-racik untuk menjadi sebahagian rencah kerabu atau perisa hiasan bagi mendapatkan aromanya. Haruman daripada batang serai tentunya menimbulkan tarikan dan juga selera makan.
Serai juga dipanggil Serai Makan atau nama saitifiknya Cybopogon Citratus dari keluarga Graminieae dan juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Salah satu daripadanya ialah dapat mengubati demam kuning.
Untuk merawat demam kuning, secekak pokok serai direbus dalam bekas yang mengandungi sebaldi air. Keseluruhan pokok termasuk akar dan daunnya direbus sehingga air rebusan itu mendidih.
Selepas beransur suam, ia kemudian dijadikan air mandian dan sebaik-baiknya tidak dibilas dengan air biasa. Amalkannya tiga kali sehari iaitu setiap kali waktu mandi sehingga demam kuing itu benar-benar sembuh.
Serai juga boleh membantu mengurangkan kolesterol iaitu asid lemak yang terdapat di dalam badan menerusi pemakanan. Bagi mengurangkan kolesterol, tiga atau empat batang serai yang telah dibuang akar dan daunnya diracik-racik terlebih dahulu sebelum direbus.
Ambil segelas air rebusan itu kemudian diminum perlahan-lahan atau sedikit demi sedikit dua kali sehari iaitu setiap pagi dan juga malam. Dalam beberapa minggu sahaja paras kolesterol anda akan menurun.
Read More
Kepada pembaca yang mana mengalami sakit kepala memikirkan banyak masalah yang bertimbun-timbun. Kini anda tidak perlu gusar lagi. Pokok herba Jarum Bintang Tujuh boleh membantu anda.(Panadol sudey…)
Pokok herba Jarum Bintang Tujuh atau nama saintifiknya Pereskia Saecnarosa merupakan penawar untuk mengubati penyakit barah. Amalan mengunyah daunnya sehelai dalam sehari dikatakan mujarab bukan hanya untuk menjauhkan daripada penyakit maut itu tetapi juga berkesan melegakan sakit kepala menghilangkan lenguh-lenguh badan serta menyegarkan tubuh badan.
Cara yang lain pula ialah dengan merendamkan beberapa helai daun Jarum Bintang Tujuh dengan air panas kemudian diminum untuk memelihara kesihatan. Daunnya yang segar itu dibuat ulam.
Ada sesetengah golongan menyebut tumbuhan itu sebagai Jarum Bintang Tujuh dan nama yang unik itu berkait rapat dengan kehadiran tujuh bilah jarum yang tumbuh di celah-celah tangkai daun. Bagaimanapun, jumlah jarum yang tumbuh dalam setiap kelompok tidak semestinya tujuh sebaliknya berbeza-beza di antara 3 hingga 10 bilah.
Tedapat dua jenis tumbuhan Jarum Bintang Tujuh, pertama yang berbunga oren dan kedua tumbuhan berbunga ungu. Perbezaan antara kedua-dua itu agak ketara di mana jenis yag berbunga oren akan mengeluarkan batang yang tumbuh menegak manakala tumbuhan berbunga ungu pula batangnya tumbuh melingkar.
Pada batang pokok Jarum Bintang Tujuh yang berbunga ungu, terdapat daun-daun yang agak tebal berwarna hijau gelap dan permukaan yang rata dan licin.
Manakala yang jenis berbunga oren pula daun-daunnya nipis sedikit iaitu berwarna hijau muda dan bahagian pucuknya pula berwarna hijau kemerah-merahan dan permukaannya berketak-ketak.
Kedua-dua tumbuhan itu ditanam dengan mencucuk keratan batangnya ke dalam tanah. Pokok Jarum Bintang Tujuh juga cepat tumbuh dan bila batangnya mengeluarkan beberapa helai daun, tanaman itu bolehlah dipindah ke dalam pasu ataupun ditanam terus di atas tanah.
Read More
Pada zaman sekarang ramai orang cenderung mengatakan produk herba adalah jauh lebih baik berbanding ubat moden. Ada juga yang berfikir produk berasaskan herba ini benar-benar selamat dan terjamin kerana menyangka semua ubat yang berasaskan alam semula jadi adalah tidak memudaratkan.
Jika anda salah seorang yang mahu kekal dengan kecenderungan itu, perhatikan kenyataan ini.
“Banyak ubat komplimentari (termasuk herba) tidak berkesan malah sesetengahnya itu memudaratkan.”
Kenyataan berkenaan dikeluarkan Proffesor Edzard Ernst, warga britian pertama mendapat gelaran professor perubatan komplimentari di negara itu.
Kenyataan ini boleh dilihat d idalam panduan kesihatan dikenali ‘desktop guide to complimentary and alternative medicine: an evidence based approach.
Saya tidak mengatakan produk berasaskan herba ini tidak selamat kerana saya sendiri menggunakannya. Tapi walaubagaimanapun kita sebagai pengguna perlu lebih berhati-hati dalam memilih produk yang benar-benar selamat dan berkesan untuk kegunaan sendiri mahupun keluarga.
Ini kerana produk berasaskan herba juga mempunya bahan aktif tertentu yang boleh memberi kesan yang tidak baik terhadap tubuh.
Kadangkala kesan ini boleh memberi risiko terhadap individu tertentu walaupun ia memberikan kesan yang positif terhadap pengguna lain.
Umpamanya beginilah. Abu membeli produk kesihatan jenama XX dan mencubanya. Ternyata ia berkesan untuk Abu dan dia mengesyorkan Ali untuk mencubanya memandangkan Ali juga mempunyai masalah yang sama seperti Abu iaitu masalah berat badan. Malangnya setelah beberapa minggu mencuba, produk tersebut tetap tidak memberikan hasil yang memuaskan malah membuatkan Ali bertambah lemah.
Kita perlu sedar tentang hakikat bahawa ada juga sesetengah produk mempunyai bahan kimia atau dadah yang terlarang yang memberikan kesan yang tidak baik pada jangka pendek mahupun jangka panjang.
Lagi-lagi industri penyelidikan dan perubatan kita yang baru nak berkembang maju walaupun ubat tersebut warisan nenek moyang kita turun temurun.
Di pihak pengusaha, ada yang tamak dan rakus dan tidak memikirkan keselamatan pengguna. Di pihak pengguna pula, kesedaran, kepekaan dan pengetahuan pengguna masih lagi cetek dan mereka sering mengambil jalan singkat untuk mengatasi masalah kesihatan tanpa memikirkan baik buruk sesuatu produk tersebut.
Fikir-fikirkan….
Read More