Tips sihat: Adakah anda bersarapan pagi?

If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!

Roti Canai, traditional food of Malaysia, on top of banana leaf

Adakah anda termasuk dalam golongan orang yang bersarapan pagi? Baiklah jika ya apakah jenis makanan yang anda makan. Majoriti pekerja tidak sempat bersarapan di rumah dan mereka akan mula bersarapan di gerai-gerai berhampiran tempat kerja mereka. Mungkin anda termasuk dalam golongan ini dan tulisan ini saya tujukan kepada anda. So, saya mengandaikan anda bersarapan sama seperti rakyat Malaysia yang lain. Selalunya anda akan bersarapan nasi lemak, roti canai ataupun nasi goreng. Paling kurang kalau anda tidak makan pun anda akan minum air teh bukan?

Tabiat sarapan ini memang dah menjadi kemestian anda. Kerana apa? Sebab memang majoriti rakyat Malaysia mengamalkan pemakanan begini. Maka, tidak hairanlah kalau di Malaysia, hospital dibanjiri dengan orang yang berpenyakit kencing manis, gout dan darah tinggi. Semua penyakit ini adalah berpunca kepada tabiat pemakanan yang tidak betul. Tidak dinafikan faktor persekitaran juga memainkan peranan tapi faktor makanan adalah yang paling utama.

Maka ‘apa alternatifnya kalau saya tak boleh makan makanan sebegini?’

Baiklah. Alternatifnya, anda disyorkan makan makanan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi. Apa contoh-contoh makanannya? Oat dan bijirin adalah pilihan terbaik untuk anda. Mengapa? Terdapat banyak kelebihannya.

Makanan oat dan bijirin akan melambatkan pergerakan makanan keluar dari perut untuk memasuki usus. Secara ringkasnya, kita akan lambat rasa lapar. Sekurang-kurangnya anda dapat bertahan sampai tengah hari dan tidak mustahil juga hingga ke petang. Berbanding sekiranya anda makan nasi lemak misalnya, anda akan rasa cepat mengantuk disebabkan kandungan dalam nasi lemak itu sendiri. Akibatnya anda akan kurang fokus dan pekerjaan anda akan menjadi kurang produktif. Adakah anda ingin begitu? Tidak bukan.

Malah makanan serat ini juga akan mengurangkan paras kolesterol dan juga mengurangkan peratus anda untuk mengalami kencing manis. Sebab apa? Oat itu sendiri mampu menyerap kolesterol dan menyingkirkan dari tubuh badan sekaligus peratus untuk anda untuk mengalami darah tinggi juga menjadi rendah.

Macam mana serat dapat kurangkan kencing manis?

Serat ini mempunyai kadar penyerapan glukosa yang rendah dalam badan. Kurang penyerapan glukosa melalui usus akan menstabilkan kandungan gula dalam darah. Maka risiko untuk mendapat penyakit kencing manis juga turut berkurangan.

Lihat dengan pengambilan serat, ia dapat mengurangkan risiko banyak jenis penyakit bukan? Di zaman moden ini kesihatan menjadi sesuatu yang amat penting bagi kita sebagai masyarakat Malaysia. Ini kerana arus kemodenan yang kita kejar ini menyebabkan kita mudah mengabaikan kesihatan diri sendiri. Kita sendiri perlu mengambil inisiatif dan bukan orang lain. Akhir kata, jagalah pemakanan anda supaya kita tidak menyesal di kemudian hari apabila umur kita sudah sampai diwaktu senja.

Renung-renungkan dan selamat beramal. :)

Zemanta Pixie

Anda mungkin juga ingin membaca post ini

Filed under: Uncategorized, sarapan, , , , ,

Leave a Reply